Sunday, January 23, 2011

::: Menghitung Hari :::



Beberapa hari je lagi nak masuk bulan Februari. Bila masuk bulan Februari, dah dekat la dengan tarikh lahir aku. Peningkatan usia. Bertambah lagi setahun. Cepat betul masa berlalu. Tak boleh nak main2 lg dah. Kena lebih matang dari dulu. Tapi bila difikirkan balik pun, aku memang dah lama tak de masa nak main2 ni.. Masa sekolah dulu memang tak dinafikan la. Kerja gila ape yang tak pernah aku buat kat asrama tu kn..hehe..

Bila bercerita pasal peningkatan usia, mengingatkan aku tentang kematian. Sebab, sedar ataupun tak, walaupun usia yang muda tak menjanjikan pun untuk kita dapat merasai hari tua. Ajal maut kan di tangan Allah. Ajal tak mengenal usia. Cuba bayangkan, satu hari kita pergi jumpa doktor sebab sakit. Ingatkan sakit biasa, rupa2nya kita ada penyakit yang berbahaya. Lepas tu kita diberitahu kita hanya mampu hidup dalam satu tempoh yang singkat. Tapi, itu tandanya Allah lebih sayangkan kita…

"Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman)".

Nuh (71) : 4

Rasulullah SAW bersabda:

Perbanyakkanlah mengingat pemutus kenikmatan iaitu kematian.

Hadis riwayat Imam Ibnu Majah, ayat: 4248

Selalulah ingatkan mati. Kita tak tau bila. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Oleh tu, jaga la kesihatan diri sendiri. Jaga pemakanan. Tidur pun jangan banyak sangat. Rimas aku banyak sangat tidur ni. Kadang2 aku sendiri pun risau, dah lebih 3 tahun aku tak pegi klinik atau hospital bila aku sakit. Nanti tau2 je doktor cakap aku ade masa lagi bape bulan je nk hidup. Mau pengsan. Sebelum ni aku pegi hospital pun sebab tunggu kakak aku balik keje je. Kalau tak, memang tak de lah jawabnye. Tapi bila dah tinggal ngn family ni, aku dah susah nk tahan2 sakit ni. Sebabnya, ayah aku tu asal boleh je nk bawak pegi hospital walaupun dah tengah malam. Masa kecik2 dulu aku selalu kena cm2..kena la sihat2 selalu..hehe...

Selain tu, banyakkan la amal ibadat. Yang wajib tu cuba lah jangan tinggalkan. Yang sunat tu buat sekadar yang mampu. Takkan nak tunggu dah tua baru nak ingat Allah. Itu pun kalau sempat nak merasa tua. Kalau tak… nauzubillah… yang lebih mudah, amar maaruf nahi mungkar. Buat yang disuruh, tinggalkan yang dilarang. Senang je kn..

Harapan aku, semoga aku sentiasa sihat dan diberikan umur yang panjang. Amin… Banyak lagi cita – cita dan janji yang masih belum aku sempurnakan.

2 comments:

  1. ~ salam
    ~eyh mek!!!
    ~apa yang hilang????

    ReplyDelete
  2. ~waalaikumsalam.....
    ~eyh mek kuasa dua..hahaha
    ~hilang? td background org ilang.gatal sangat godek2..skang da santek kan..hahaha

    ReplyDelete