Friday, March 25, 2011

I hate you, Mr Controversy!

Assalamualaikum...

hahaha.. Tajuk tak boleh blah.. Bukan apa, sebagai seorang pencinta keamanan, aku memang tak suka sebarang publisiti murahan yg sememangya sangat2 tak diperlukan dalam hidup! (Sekali kena stalker memang memberi pengajaran dan serik yang teramat sangat!).

Tapi kadang - kadang dalam sedar ataupun tidak, aku 'tercipta' sebuah kontroversi secara tak sengaja. Contohnya gambar ni,

Me and my adik~ muka memang tak sama sangat. Tapi adik tetap adik ok. Nothing can change the fact.

Masa aku upload gambar ni kt facebook, berduyun budak sekolah menengah yang cakap/tanya:
- wah!, beraninya kau
- bila nak makan nasi minyak
- dah pandai skarang~, dll.

Jawapannya:
- aku memang berani.
- kat mana ada orang kahwin?? jom serbu!
- aku memang pandai. Baru tahu ke??

Kawan - kawan sekolah rendah tak tanya sebab dia orang memang kenal adik aku. Kan senang! Adik aku ni tak sama muka ngn aku, sebab muka dia sama pattern dengan kakak kitaorang yg sulung. Yang ni,


* Hari ni birthday along, Happy Birthday ke -24 tahun!!

Tapi aku tak menyesal pun upload gambar tu. Tak salah dan jauh sekali berdosa. Lagipun aku benci @ tak suka nak menyesal tentang perkara yang dah lepas. Benda simple jangan jadikan serabut. That is the most important attitude I guess. But i'm not the one who made things became complicated la~ T_T

The conclusion is, PEACE NO WAR ^_^

Friday, March 18, 2011

♥ Susu

Assalamualaikum...


My favourite 3 rasa ~_^

Milk is my favourite. Tak makan nasi sehari pun tak pe asalkan dah minum susu. Comel kan statement~ hahaha.. Setiap hari Ahad, pergi pasar Mydin, selain beli ikan, sayur dan segala bagai barang - barang dapur, susu adalah benda wajib yang akan aku beli. Tak pernah lupa, miss, wasureteta dan sebagainya~

Kebaikan susu, ia ada kandungan DHA yang baik untuk perkembangan otak. Sangat baik untuk ibu mengandung jugak. DHA berfungi untuk memantapkan lagi pertumbuhan penglihatan dan otak bayi sejak dalam kandungan lagi. Nanti bila dah besar tak de la anak tu nak eja eww eww kn.. sajew, jew, diew, sukew, gilew dll. Nak berpusing mata aku baca perkataan yg sangat eww itu.. hahaha.. Tapi jangan salahkan ibu yang mengandung ok, salahkan anak yang kurang minum susu tu. Agaknya la kan..hahaha (sorry siapa2 yg terasa).

Aku tak tau kenapa aku tak suka @ malas makan nasi. Makan sebab kena paksa memang selalu. Bukan jaga badan walaupun memang nak jaga badan. hehe.. Saya sangat takut dengan gemuk dan lemak yang berlebihan ye... (Nasi penting sebab bekalkan tenaga untuk badan. Sila ingat dan jangan lupa ok~)

Tapi,
Mak cakap : makan la banyak sikit, kurus sangat la mak tengok... (dengan muka simpati)
Papa cakap: makan banyak - banyak sikit, biar gemuk... (ada jugak ayah yg nak anak dia jadi gemuk kan).. T__T
Abang cakap: ok la badan cam ni, maintain je la.. (i like this one walaupun masa mula - mula dulu dia pun ckp aku kurus..) ^__^

Itu antara komen yg aku ingat sampai sekarang pasal berat badan aku. Macam - macam. Tapi tak kisah la berat badan macam mana pun, yg penting BMI aku sangat ideal dan sihat. Itu dah memadai dan syukur lah kan...

The conclusion is, dengan badan macam ni pun aku pernah jugak buat catwalk. Baju pengantin lagi. kelas~ hahahaha ~__^

Sunday, March 13, 2011

日本を助けてください.

Assalamualaikum..


Jalan yang terbelah akibat gempa bumi

Tsunami dan gempa bumi yang melanda Jepun kali ni adalah bencana alam yang berlaku selepas gempa bumi di Kobe, Hyogo Jepun pada tahun 1995. Teringat ada satu cerita Jepun yang based on reality, tajuk dia 'Kobe Shimbun Nanokakan'. Cerita ni memang gunakan nama watak sebenar saksi yang membuat liputan berita di tempat kejadian. Walaupun cerita tu mock up tempat kejadian dan keadaan ketika itu, tapi kemusnahan yang ditunjukkan memang sangat menyedihkan. Inikan pula gempa bumi dan tsunami yang sebenar dengan skala 8.9 ritcher. Bacaan yang dicatat juga tinggi dari gempa bumi di Kobe sebelum ini.



Sukagawa, Fukushima.


Pelabuhan Oarai, Ibaraki.

Seluruh dunia bersimpati dengan Tsunami yang melanda Jepun. Terutamanya mangsa di Sendai yang mengalami kemusnahan yang paling teruk. Sistem pendidikan, ekonomi, sosial semuanya akan tergendala dan tentunya makan masa untuk pulih dan kembali stabil. Segalanya hilang dalam sekelip mata. Bencana alam, tiada siapa yang mampu menjangkakan bila ianya akan berlaku dan petanda bumi semakin tua. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.



Kawasan pantai Natori, Miyagi.


Wilayah Miyagi.

Bila terjadinya perkara yang tidak dijangka seperti bencana alam ni, of course teringat nyawa yang boleh diambil pada bila - bila masa. No one knows. Mengejar cinta dan kekayaan didunia membuatkan kita seringkali alpa dan leka untuk mengejar bekalan untuk dibawa ke akhirat. Bertaubatlah selagi pintu taubat masih luas terbuka......

Kullu nafsin za'iqatil maut
Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan merasa mati.

hmm.. mukashi nihongo shaberanai yo.. chotto wasureteta.. demo daijoubu, Gambare Nippon!!

p/s: Teringin nak jadi sukarelawan bencana alam.. :)

Monday, March 7, 2011

SAMA tapi banyak BEZAnya~


Kami~

Apa yang dimaksudkan disini ialah berkaitan dengan diri aku sendiri. Sudah terang tak perlu bersuluh, highlightkan diri sendiri adalah sangat penting!. Pasal aku ada kembar, bukan apa pun~

Bila difikirkan balik, aku bersyukur dilahirkan sebagai pasangan kembar. Bersyukur sebab, orang lain bila dah besar baru ada pasangan~ Kannnn... hahahaa

Disebabkan itu, masa sekolah dulu pun aku mengecap populariti disebabkan aku ada kembar. Kelas statement kn! Yela, sejak masuk sekolah menengah kita orang ni dah dipisahkan. Sekolah dan asrama lain - lain walaupun dekat. Berdikari katanya~ Tapi yang 'malang'nya, bila kita orang keluar outing budak2 mesti salah tegur. Pas tu bila dah balik satu asrama la bagitau benda yang sama : jumpa kembar aku.

Bila dia pindah sekolah masa form 4 pulak, sekolah dah jauh. Aku ingat hidup aku aman la sikit, rupanya tak jugak. Kembar aku bab - bab sukan mmg dia aktif. (Dia tak semput cam aku) bila ada pertandingan antara sekolah je, nnt ada jugak la report yang dihantar kat aku~ layan jela... Kann.. hahahaha

Bila dapat U pulak, walaupun sama UiTM, tp lagi la jauh.. Aku kat Shah Alam, dia kat Penang. Masa ni memang ramai yang tak tau yang aku ada kembar. Tak penting kot untuk aku highlight. Yang rapat - rapat je la tau. Tapi, bila dia dah sambung degree kat Shah Alam, aku pulak tak sambung lagi, ada jugak orang yang salah orang. Aku lupa la nak pesan kat dia orang, 'Jangan tegur kalau nampak aku kat Shah Alam'.. Macam thriller movie je ayat ni kan.. hehe

Ok, finish about the similarity, go through to the differences~

Sangat ketara~ that's all. Kalau orang yang kenal kita orang dua - dua sekali, mesti cakap kembar aku ni pemalu sikit, lembut sikit, perempuan sikit, dll. And of course the opposite belongs to me banyak2~ Tapi dia orang tak tau, aku lagi perempuan banyak tau~ hahaha. Kembar aku tu, dulu nak jahit lencana sekolah pun suruh aku! dah tu demand pulak. (Kan dah complaint!) hahaha..

Sekarang ni pun, Si Raihana budak mampat yang kita orang jaga dulu, selalu datang kalau dia balik sini. Kalau budak tu nak mandi ke, nak susu ke, tukar lampin ke, SEMUA aku kena buat! kejam kan dia~ Aku rasa la kan, nanti kalau dia dah kahwin, siap gaduh ngn laki dia sapa yang nak tukarkan lampin anak. Kejam statement! hahahaha.

Senang cite, dia kalau bab - bab kerja perempuan, mmg fail. Nasib la otak dia pandai banyak dari aku. Tak mampu la nak study engineering kan~ Nanti kau upah bibik je la..huhu


The conclusion is, enjoy~


Ni lah Raihana si mampat yang selalu jadi mangsa kekejaman kitaorang~hehe

Masa konvo. Aku yang tangkap gambar. Sebab tu tak center.. hahaha

Tuesday, March 1, 2011

Sweet 18~

Assalamualaikum...

Hari ini aku sedikit suka~ walaupun ada perkara yang aku gagal buat untuk hari ini, tapi aku masih lagi berada di mood tahap gembira dengan pujian yang hanya bersifat sementara. kannn. hehe.. Pujian ni datangnya dari adik - adik yang aku jumpa untuk ambil lesen ni la. Biasa la, bila umur da macam ni baru nak ambil lesen kn. Nak - nak pulak saing dengan budak - budak yang baru lepas SPM ni. Tu la, dulu tak de kesedaran nak ambil lesen ni. Macam - macam alasan aku bagi.

Dipendekkan cerita, kt 'sekolah' memandu ni pun boleh jugak buat kawan dengan diaorang. Tengah - tengah boring pun boleh layan borak kn. Diaorang semua cuak dengan keputusan SPM yang akan keluar tak lama lagi ni. Bila diorang tanya aku baru habis sekolah jugak ke? aku cakap la da habis sekolah 5 tahun lepas, dia orang agak terkejut dan macam tak percaya umur aku dah 22 tahun. Aku pun siap keluar I.C tunjuk kat ada sorang adik ni. Lawak kan~

Aku tanya kenapa tak caye, dia cakap aku macam budak - budak. Ye ke?? Tapi cakap aku dah boleh kahwin. (Kahwin je dia ingat kann..hehe) Aku rasa apa yang dia nak sampaikan ialah aku ni awet muda la. Kannn.. ( statement perasan sendiri) hahahaha.. tak nak la jadi budak - budak lagi~ Tapi tak dinafikan aku memang 18 every year la.. hehe

The conclusion is, jadikan amalan menepek bedak sejuk sebagai rutin harian anda untuk kekal muda ~_^



Gambar ni tak de motif sebenarnya..hahaha..