Monday, February 28, 2011

KUNING that I LoVE~

Assalamualaikum...

Dipendekkan cerita yang belum pun bermula, mood malam ni tak berapa nak baik.. so, aku tak dapat nak sambung tulis novel, aku tulis la blog. But I dont want to tell any sad related story for sure. Kisah utk hari ni berkaitan dengan, KUNING yang sangat aku SUKA! ( mood bertukar!) hehe..

Ceritanya ialah: Pulut kuning yang sedap~. aku tak ingat sejak bila la aku suka dengan makanan yang berasaskan pulut ni. Walaupun dulu (dan juga sekarang) sebab pulut aku yang penghidap asma ni selalu semput tengah - tengah malam. Paling tak boleh blah masa sekolah dulu la kn. Dah la nak SPM masa tu. Thanks to my scandal. Tp skang tak boleh nk kacau sebab dia dah ade girlfriend, tahniah diucapkan.. hehe

Minggu lepas, sepupu aku buat kenduri cukur jambul, kt Negeri Sembilan. Lagi menggembirakan hati aku untuk balik sebab ada pulut kuning. (statement ni agak kejam) :)


ni pulut kuningnya..


ni pulak sambal ikan bilis makan ngn pulut tu. Sambal ni aku dengan mak bergabung tenaga masak sama - sama utk kenduri tu.. comfirm la sedap~ hehe

Minggu ni pulak, ada budak yang mak aku ajar mengaji khatam Quran, dapat lg la makan pulut kuning. Suka kuasa dua!! :)

Paling tak boleh lupa masa aku g bazar ramadhan bulan puasa hari tu. Sepupu aku datang buka puasa kt rumah, mak aku suruh la aku ngn kembarku yang sengal pegi bazar. Merempit la kami ke bazar ramadhan yang telah bertukar lokasi selepas kes angin puting beliung tu. Masa nk beli kuih muih yang pelbagai tu, aku tak perasan aku beli semua kuih yang berasaskan pulut. Name pn favourite kn. Bila minah tu dah tegur @ complain baru la aku perasan. Pastu aku suruh dia pilih pulak, sebab kalau aku pilih........paham - paham sendiri la kakak~ hehe

The conclusion is, PULUT memang sedap dan aku memang suka langgar pantang.. (nak pantang betul - betul time bersalin je nanti, InsyaAllah..hehehe) :)

Friday, February 4, 2011

お誕生日おめでとう ございます。。。

Hari ni genap umur aku 22 tahun.. 4. February, pukul 2.52 pagi.. Sama masa entry ni ditulis la patutnye..hehe.. Wahh~ bila da masuk 20-an ni, cepat betul masa berlalu kn... Sedar tak sedar da 22 tahun aku ni..

Harapan aku, semoga dalam usia yg ke-22 tahun ni, aku akan lebih tabah la dlm ape2 hal pn..
Selain tu,


~ lebih matang
~ dimurahkan rezeki
~ dipanjangkan usia
~ bertambah cantik
~ lebih sabar
~ dapat hilangkan @ kurangkan segala sifat2 negatif
~ dapat capai apa yg diimpikan
~ happy2 selalu

~ kurangkn fikir perkara2 yg xpenting
~ dapat kumpul duit banyak2
~ dan mcm2 lg yg membawa kpd kebaikan dri sendri..

Semoga dipermudahkan untuk menjadi kenyataan.. ditambah dengan keberkatan hari Jumaat.. Amin..

Senyum je tahun ni k.. :)

* Tapi aku akan sentiasa rindu umur aku yg ke-21 sebab mase tu aku student lg..huhu

Thursday, February 3, 2011

Rindu Datang Lagi...

Tiba – tiba aku rasa RINDU lagi….

RINDU kat sape??

Tak de sape – sape!! Huh!!

Hahahaha.. RINDU kat Puncak terchenta la~


RINDU nak jalan – jalan ngn budak rumah


RINDU nak lepak ngn budak-budak silat


RINDU nak pakai baju hijau SMF :)


RINDU nak tangkap gambar @ photoshoot@ berangan sama-sama


RINDU nak bersidang sama-sama


Selain tu,

~RINDU nak pegi kelas sama-sama

~RINDU nak buat assignment sampai tak tido sama-sama

~RINDU nak pegi meeting sama-sama

~RINDU nak gelak sama-sama

~RINDU nak tidur sama-sama

~RINDU nak makan jagung Pak Lang sama-sama

~RINDU rumah 5C05!


Macam-macam sama – sama lagi lah senang cite~

Paling penting, I MISS ALL OF YOUR ‘T’ hahahaha..

Bila lg nk dapat berkumpul mcm dulu pn tak tau…


Apapun,

U i T M tetap dihatiku~

Miss u all!!


*gambar dr facebook korang budak2 rumah.. :)

Tuesday, February 1, 2011

Kerinduan...


Asramaku terchenta~ skarang da baru..

Tiba2 rase rindu mase kt zaman sekolah. Teringat aku kena bangun awal sebab kena buka pintu pagar asrama. Awal kalau nk dibandingkan ngn skarang..hahaha.. dulu aku bangun pukul 5.20pg tiap2 hari. Sekarang, subuh pn 6.30 baru bgn. Hehe.. mase kt Puncak pn lebih kurang cm2 jgk. Pas2 siap boleh sambung tidur. Teruk betul perangai. Sila la anda berubah ye Nurul Hazzarita~ Almaklumlah, dulu konon Biro Disiplin masa kat asrama, tp ala2 plastik jugak la. Disiplin depan cikgu je, belakang cikgu dah jadi lain.hehehe..

Selain tu, teringat la dulu pagi2 kena check kebersihan dorm sebelum pegi sekolah. Sebelum tu plak kalau aku rajin aku pegi la hantar beg kt kelas dulu. Pastu pegi asrama balik. Cerita pasal check dorm, aku teringat masa buat spot check. Pergh! Aku mmg menyirap kalau buat spot check ni. Nk2 kalau mula2 tu tak de hasil. Tapi aku kalau buat spot check, confirm la berjaya~ takkan boleh lepas la ‘barang haram’ budak2 tu kn.hehe.. Paling aku suka masa patahkn sim card diorang. Kejam kn. Hahaha..

Dlm byk2 spot check, aku paling ingat mase baru balik dari karnival asrama ngn pelancaran roket kat balai cerap Al - Khawarizmi. Petang tu masa baru balik, cikgu suruh buat spot chek plak. Penat gila. Tp, Maghrib tu jugak kitorang buat spot check. Rushing gila. Dah la belum makan lg masa tu, bila turun dewan makan plak, dewan makan dah tutup, mak cik2 tu pn da tak de. Apa lagi, aku panjat la kaunter dewan makan tu dengan yakinnya. Sopan berbaju kurung lg. Hahaha… Sedap la kitorang makan, siap bertambah2. Tengah lapar la katakn. Aku rasa mak cik2 tu mesti pelik, masa die balik makanan banyak lagi, bila die dtg balik utk supper, lauk semua dah licin. Tak pe mak cik, tak baik membazir. Hehe..

Masa kt asrama memang paling best aku rasa sepanjang tempoh aku hidup ni. Bagi tempoh kanak – kanak la kn..hehe. Walaupun masa mula2 aku memang tak suka @ benci @ tak nak tinggal kat asrama. Akhirnya, 5 tahun aku tinggal kt asrama. Ok je pn, enjoy lg ade. Tapi, sebab terlalu enjoy jugak la SPM aku teruk. Sekarang da insaf!

Apa pun, sekolah dan asrama adalah kenangan terindah aku. No boyfriend, no problem! Hah!! Aman hidup. Sedar tak sedar la dekat 5 tahun aku tinggalkan sekolah. Kalaulah boleh aku masuk sekolah balik….