Friday, May 27, 2011

::: Cita - CiNta :::

Assalamualaikum...

Hari ni, 27 Mei 2011, aku telah selamat menjalani interview untuk bergelar CIKGU NURUL HAZZARITA. Amin banyak - banyak kali. (ayat tak boleh blah kan) hehe. Bukan untuk terus jadi cikgu, tapi untuk sambung study kat fakulti pendidikan. Semoga menjadi kenyataan. Tak sangka dapat jugak aku menggagahkan diri untuk teruskan application course ni. ^_^.

Masa on the way nak pegi interview tu pun, hujan dah mula turun. Semoga hujan tu membawa rahmat lah kan di pagi Jumaat! Bila dah sampai tempat interview kat UiTM Seksyen 17, tiba - tiba terasa cuak yang teramat sangat. Sampaikan akak yang tukang panggil calon tu pun siap pesan, jangan risau and tarik nafas. Nampak sangat laa yang muka aku tengah cuak masa tu kan! hahahaha (sekarang boleh la nak gelak!)

Bila masuk bilik temuduga pun, no word can describe how nervous I am! Seriously! Tapi nasib baik la interviewers tu murah dengan senyuman. So, lega lah jiwa dan ragaku ini kann. huhu. Tapi yang peliknya, calon - calon yang sebelum aku semua cakap interviewers soal dalam Malay and English, tapi bila turn aku, FULLY ENGLISH! Memang lah boleh jawab, tapi tak tau lah jawapan yang aku bagi tu cukup releven dan logik atau tidak dengan soalan dia. Doa dan tawakal je la.

Aku harap sangat permohonan ni berjaya. Bukan apa, kakak yang first NURSE, kakak kembar bakal ENGINEER, adik lelaki bakal CHEF. Tinggal aku je yang masih samar - samar lagi masa depan. Semoga cita - ciNta ini menjadi kenyataan. AMIN...


Monday, May 16, 2011

Our Convocation Day!

Assalamualaikum...

Since 9 Mei, aku dah ada kat Shah Alam, of course to attend my convocation day! Seriously happy and quite nervous to get my scroll on the stage. But then, still enjoy meeting all my friends after we finish our diploma studies a few month ago.

10 Mei 2011
Hari ambil jubah dan rehearsal.


Perkarangan parking Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC)




Lokasi: Tandas LELAKI DATC..

hahaha.. tandas lelaki tak boleh blah kan. Selamba je masuk sebab nak tengok cermin. Kalau pak guard lalu dah kena saman kot. hehee

Lepas tu, kitaorang dengan suka hatinya berjalan satu Shah Alam. Makan pulak macam - macam. Masa ni dekat Noodle Station, SACC Mall.


with Tasha

* All picture before our convocation day, credit to Ifat.

Malam tu kitaorang continue lepaking until 3 a.m! WOW!! Mata memang dah rabak. Tapi sekali sekala tak pe. Lagipun sejak kerja aku tak pernah cuti. So bila cuti ni enjoy la puas - puas kann.. heee..

14. Mei. 2011
Hari yang ditunggu - tunggu setelah 3 tahun study di UiTM Puncak Perdana. Precious moment, Our Convocation day!

Sidang Keempat, 12.30 Tengahari
Dewan Agong Tuank
u Canselor, UiTM Shah Alam


Ety, Jue, Ita, K.lia and Tasha. Without Neda T_T
5Co5 housemate. Sumpah rindu korang!! bila nak jumpa lagi??.......


Terima skrol. Terima kasih Tan Sri!



nampak tak star (*) kat hujung nama?? ^_^


with
Tasha


with my parents and
brother


my
twin!


with
ety and kak lia, 5C05 housemate


ok ke posing cam ni?? hehe



kawan2 class CT112 and CT114


friends from CT111, CT114 and abg azri


baling - baling mortar board~ yeayy!!


melangkah nak pulang jubah~ nice shot kn?? hehe

By the way, thank you very much for those who are always encourage and giving me a support since I'm in the first until the last semester. Thanks a lot to all my lecturers, friends, family, boyfriend (on that time), and of course to UiTM. Bersyukur dapat grade on time dengan bintang walaupun satu. Nak dapat kan tiga terus mmg tak mampu lah kan. Da cukup struggle rasanya. ^_^

To all my friends, Hopefully we will continue to achieve our dream even now we are choosing a different ways. GOOD LUCK to all of you! And all of our memories together i'll always keep it in my mind...

The conclusion is, UiTM sentiasa di hatiku~

Thursday, May 5, 2011

Sebulan~

Assalamualaikum...

Hari ni, genap sebulan aku kerja. Wahhh!! maknanya, hari ni gaji~ $_$. Ok! gaji ni boleh habis dalam masa sehari (kalau melayan nafsu shopping!) hehe.. Jangan kejam kepada diri sendiri ye cik Nurul Hazzarita! Penat je kerja sebulan kalau nak habiskan dalam masa sehari.. Kannn~

Bila kerja, macam - macam rasa lah kan.

Yang bestnya:
- Bos yang best dan boleh consider in everythings!. wife dia pun sporting. Borak dengan wife bos best, memandangkan dia kerja kat Mahkamah Syariah, macam - macam isu yang kitaorang story. Isu yang tak de kaitan ngan aku macam ibu berpantang pun aku join jugak~ (wife bos pregnant anak sulung. Due date lg sebulan lebih) ^_^
- Rakan sekerja yang gila - gila. Sangat enjoy~
- Ramai customer tanya nama kedai sebab nanti diaorang nak datang lagi. Dia orang puji layanan aku best! terharu ok~ hehe
- Memang boleh menguji speaking skill. Mak cik2 kat sini ramai yang speaking english bila nak tanya. Even budak2 kecik umur tak sampai 5 tahun pun cakap dalam english!. Hebat kan orang Melaka! hahaha.. Lagipun customer pun ada orang luar jugak. Customer dari Thailand ngan negro pun ada. Best kan!
- Dapat dukung baby - baby comel yang 'semangat' masa bonda - bonda diaorang try tudung atau baju. Memang boleh naik muscle~ hehe. Dukung baby ni boleh ambik berkat ke?? (Tak de kaitan kan??) hahahaha
- Dapat 'interview' ramai orang. Nak - nak bila jumpa muka yang bukan orang Melayu. Lepas ni boleh sambung Masters in Journalism pulak!

Yang tak bestnya:
- Air cond sangat sejuk macam kat kutub selatan. Sangat tak tahan. Rasa cam nak blackout kan je air cond satu bangunan. hahaha
- Kena ngorat. Sumpah boring!. No comment la yang ni.
- Bila ada customer yang annoying~ ikut mood aku la nak layan macam mana. Sangat no comment!
- Ramai customer yang cari tudung atau shawl untuk tunang@ nikah @ sanding. Bukan tak suka, tapi sentap sikit! hahaha..

Yang kelakarnya:
- Ada yang tanya aku ada kacukan arab! Part mana yang rupa arab pun tak tau. Celak je kot!
- Ramai yang ingat aku bos! belum masa lagi la. InsyaAllah suatu hari nanti. Yang paling best ada sorang mak cik siap puji 'bagus muda - muda dah ada bisnes sendiri'. Senyum je la~ ^_^.. Kuat betul aura bos dalam diri aku kan! hahahaha
-Bila ramai customer yang tanya: 'baru habis blaja ke?' aku jawab: A'ah. Dia tanya lagi: " SPM la?" aku jawab: "tak, diploma". The conclusion is: aku memang awet muda~ ^_^
- Orang - orang yang kerja dekat - dekat sini pun tak percaya umur aku 22 tahun. Dia orang cakap aku macam 18, macam budak lepas SPM. 18 saya 4 tahun lepas ye kawan - kawan~ pelik la, apa yang nampak muda sangat ni??
- Ada mak cik puji mata aku cantik. Sebab contact lens ye mak cik.. hahaha.. Budak - budak kecik pulak pelik tengok mata aku. Warna contact lens obvious sgt ke dik?? hehee


warna mata yang berjaya meng'confuse'kan orang ramai..^_^

- Bos kedai depan puji kasut spike aku cantik. Tapi sesuai ke pakai dengan baju kurung?? Belasah je la~ hehe. Tapi sekarang aku dah suka pakai kasut bertutup pulak. Dulu tak suka langsung, pakai pun sebab terpaksa.


my lovely spike shoes with a baju kurung~ (kaki pun aurat, tak boleh nk tunjuk lebih - lebih)


Kasut ni jugak paling best pakai time kerja. TQ to Tasha~

Tak sangka aku dah bekerja non - stop sebulan. Non - stop sebab aku tak ambik cuti walaupun sehari dalam first month ni. Kerja dari Isnin sampai Ahad, 10 pagi sampai 10 malam! Memang mabuk dah~


muka penat baru balik kerja. Takde make up langsung!

Betul - betul nak kumpul duit kann~ dulu ingat kerja nak kumpul duit untuk kahwin. hahaha. Tapi sekarang, misi kumpul duit ni ditukar untuk sambung degree pulak. Untuk bayar yuran dan segala macam lagi lah untuk sambung blaja nanti disamping duit untuk enjoykan diri. Kalau ada rezeki kita sambung balik cita - cita nak blaja kat Jepun tu k! Gambatte ne~ ^_^..

The Conclusion is: Bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi.