Thursday, June 30, 2011

Gembira di sini~

Assalamualaikum...

First of all, entry ni ditulis disebabkan rasa best + seronok + happy + Shiawase + ureshii seperti berada di zaman kanak - kanak di Mydin MiTC Melaka.. cm gini rupa Mydin kat Melaka @ tempat kerja / lepak 12 jam.




Boleh tahan besar jugak la Mydin kat sini. Tapi sebab dah hari - hari aku dok round Mydin ni, dah tak rasa besar pon. Boring suda~ huhu.



Aku ngan kembar aku kerja kt tempat yang sama. Senang. Kalau rajin kitaorang pakai baju sama. Dalam gmbr ni aku yang sebelah kiri. Masa ni kitaorang pakai t-shirt konsert Hey Say Jump Spring Tour. Gerek sehh! hahaha. Nak bezakan aku ngan dia senang je, sebab aku lagi cantik. Kannnn.. hahahaha.. Selain tu, I will always in baju kurung. Sepanjang kerja, baru dua kali aku pakai jeans. Berbaju kurung lebih selesa kot. My opinion lah.

Tapi yang best nya bila dapat geng gila - gila jugak. 12 jam kerja memang tak rasa pun! pergi kerja pun rasa cam nak pegi main-main je.. Masa belajar dulu pun rasa cam ni jugak seronoknya. Tapi dulu pressure sikit sebab kena study, siapkan assignment, meeting, dll. Sekarang tak payah buat semua tu, study novel je. Sampai berebut - rebut. hehe :)


Ni gambar aku tengah study novel. ^_^




Yang ni kawan - kawan sekerja aku. Diaorang ni semua tengah cuti semester 4 bulan. Means, semua student degree. Yang paling kiri ni kembar aku, student Mechanical Engineering UiTM, aku tengah tunggu nak sambung degree, Ika student UKM Emergency Medical (Paramedic) and Atiqa student PR Masscomm UiTM. Sebelum kembar aku kerja, Laila ada, tapi dia student diploma and dah masuk semester baru, so, ganti la ngan kembar aku. Masa gambar ni, abang cina kedai depan yang tolong snapkan. Abang cina ni pun best, gila - gila jugak~ suka bagi gula - gula perasa oksigen. Sengal~ hahaha



Masa gambar ni pulak, mak cik cleaner dari India yang tolong snapkan gambar. Susah sikit nak ber'conversation' dengan mak cik ni. Tapi dia pun best, siap main - main bola ngan dia lagi~ Bola ni bukan bola yang besar gedabak, tapi bola kecik comel yang keluar bila kita masuk duit 50sen. Besar coklat coco jelly je. ^_^



Ni la lorong yang sering menjadi lokasi photoshoot, main - main bola ngan mak cik cleaner, runaway,bergelak ketawa and so on. Yang duduk tu Mina, kawan aku masa form 6 sekejap. huhu.. Skarang dia student Pendidikan kat USM.



Masa ni hari Jumaat. Feeling - feeling arab sikit~ Tapi masa ni dah nak balik, mekap pun da tak de. Kalau tak lagi cam dah kat Mesir. Konon cantik lah tu kan walaupun kenyataannya memang cantik. hahaha~



Ni ngan kak Wani. Senior satu dorm masa aku form 3. Tetap kamceng sampai skarang. Masa ni tengah tak de keje. Aku suka lepak kat kedai dia. Datang kedai dia macam-macam boleh buat. Tengok movie, makan, onlibe fb, baca paper, dll. Best. Bos la katakan~

Lepas ni, bila yang sekarang menjadi kenangan, for sure aku akan senyum sorang - sorang and tak mustahil boleh gelak sampai guling - guling bila teringat balik semua kenangan ni......

The Conclusion is, muda cuma sekali, ENJOY!!

Friday, June 17, 2011

Antara Tengku Ryan Ameer & Dr. Khuzairi

Assalamualaikum...

Mana satu pilihan yang tepat, Tengku Ryan Ameer, kacukan Melayu Inggeris berusia 28 tahun, pemilik 40% syer saham Megah Holding dan memandu Lamborghini Gallardo Spyder. Atau Dr. Khuzairi yang berumur 29 tahun, mempunyai ladang ternakan kambing dan klinik sendiri.

Ni nama watak dalam novel 7 Hari Mencintaiku and Lafazkan Kalimah Cintamu. Dah lama tak layan novel, bila sekali layan sampai dah tak terlayan! Bukan novel tu yang tak terlayan, kerja lain yang tak terlayan! hahaha. Novel LKC 810 pages, 7HM pulak 1048 pages. Dua - dua novel ni memang sumpah best! 2 liter jugak la air mata aku sedekahkan masa baca novel ni. Itupun bukan semua. Mana taknya, baca time kerja. Tapi takpe, memang berbaloi - baloi!





Bila baca novel cinta ni, best sebab happy ending. Macam mana hebat pun dugaan berakhir dengan gembira. Macam aku ni, sedih je memanjang apa cite??? Sejak kuciwa ni malas pulak nak fikir pasal lelaki. Walaupun tak berapa nak frust sangat sebab it happen as I expected. Hebat kan! Dalam novel semua la nak baik, yang hakikat?? -_-"

Sekarang ni bila dah kembali single, ramai laa pulak yg offer nk jadi adik ipar la kakak ipar la, paling best mentua.. Tapi kan, senang lagi nk cari mak mertua dr nak cari bakal suami untuk diri sendiri kan. Lepas ni aku bgtau je kt dorang, nnt datang rumah jumpa mak ayah terus k, sebab saya malas dah nak fikir pasal ni. Tau - tau je nnt kahwin. Haaa! kan senang, habis cerita! ^_^

By the way, waktu dan masa entry ni di post kan pun ada maksud yang tersendiri. It's all about what was happen at the same date and time last year. IF I can change my past, I REALLY want to change it! I dont want it happen because sometimes I extremely regret it. But it's ok, pengalaman pun mematangkan manusia. Besides boleh belajar dari kesilapan. Kaannnnnnn!

Kalau nak bercinta, tak payah nak terima sebab simpati atau kesian sebab akhirnya diri kita yang akan kesian balik! Learn from mistakes + past.... Tapi skarang da happy balik! Extremely happy than before!^_^

The conclusion is, antara Tengku Ryan Ameer and Dr. Khuzairi, Abang Arie is the best lah! Pilot pulak tu. ^_^