Wednesday, January 26, 2011

Cara aku~

Kalau dulu, masa zaman sekolah la yg penting, kalau aku menyirap @ menyampah@ sakit hati ke ngn sapa2, aku ambik pen ngn kertas yg masih suci dan murni. Lepas tu, siap la aku conteng sebab nak lepaskan geram. Tulis la ape yg patut. Nak maki bakul2 pn boleh je. Lepas dah penuh satu kertas, boleh tambah kertas lain kalau rasa tak cukup. Lepas dah puas conteng2, ambik kertas tu, koyak2 sampai tak boleh nak dikoyakkan lg dah. Nak lagi best, pijak2 plak sambil menari twis. Knnn..hahaha.. Puas hati jgk la buat cmtu. Kurang rasa sakit hati.

Tapi bila dah semakin membesar ni, aku jarang lagi nk buat cmtu. Sebab aku tulis kt blog kot. Kena behave sikit ape2 pun. Tapi kepuasan tu kadang2 masih kurang. Nampaknye aku kena praktikkan balik la apa yang aku buat dulu tu kot. Hehe.. Tapi, lg best kalau dapat tumbuk muka org yang buat aku sakit hati tu kan. Sekali pun jadi la. Penat aku blaja silat kalau tak apply knn…hahaha.. Ni tak, da macam Mama Nene da aku ni (Mama Nene ni dlm kartun Shin Chan). Tumbuk Pooh je la kalau geram pn. Naik penyek dah Pooh tu. Tp ok la tu kan..hehe..


Pooh ni la yg selalu menjadi mangsa kekejaman aku..penyek dah..hehe

Talking about hatred, I’m rarely hated people. But, when I started to hated someone, difficult for me to treat them like before. Plus, if the people that I might be hate is someone who are done good deeds to me. Argghhh~ hontou ni mendoukusai. Demo ne, atashi no kokoro wa, got their limit. I can be patient as long as I can. But please do remember, don’t ever over the border. If you’re not, nothing can be help. Shouganai.. :)

Monday, January 24, 2011

Akhirnya~

Tahniah kepada Nurul Hazzarita kerana hari ni, 24 JANUARI 2011, anda telah berjaya pergi ke hospital akhirnya. Selepas 3 tahun rekod berjaya dicatatkan. Bukan sebab sakit pada asalnya, tapi sebab cari penyakit. Haissshhhh. Tak nak cakap banyak la. Ni buktinya..

Ni kat kaki.

Yang ni pulak kt lutut.

Accident rupenya.. Turun seribu. Hehe.. kt kaki je pun, jangan nak berkira sangat..knnn..hahaha.. Mula2 bila mak tanya aku cakap la ok. Tak nak pegi hospital. Konon2 nak kekalkan rekod la kn. Tapi, darah meng‘kantoi’kan aku, boleh pulak mengalir sampai bawah. Tak jadi aku meneruskan hajat utk kekalkan rekod tu. Sampai rumah plak kena gelak ngn papa. Sengal~hahahaha..

Tapi tadi masa nk semayang, aku boleh lupe plak yg lutut aku ni sakit. Aku semayang lah macam biasa, masa nk duduk antara dua sujud 2, haisshhh.. sakit la~ cane la aku boleh lupe. Lepas ni sila anda jangan hilang ingatan ye Nurul Hazzarita~hehe..

Sunday, January 23, 2011

::: Menghitung Hari :::



Beberapa hari je lagi nak masuk bulan Februari. Bila masuk bulan Februari, dah dekat la dengan tarikh lahir aku. Peningkatan usia. Bertambah lagi setahun. Cepat betul masa berlalu. Tak boleh nak main2 lg dah. Kena lebih matang dari dulu. Tapi bila difikirkan balik pun, aku memang dah lama tak de masa nak main2 ni.. Masa sekolah dulu memang tak dinafikan la. Kerja gila ape yang tak pernah aku buat kat asrama tu kn..hehe..

Bila bercerita pasal peningkatan usia, mengingatkan aku tentang kematian. Sebab, sedar ataupun tak, walaupun usia yang muda tak menjanjikan pun untuk kita dapat merasai hari tua. Ajal maut kan di tangan Allah. Ajal tak mengenal usia. Cuba bayangkan, satu hari kita pergi jumpa doktor sebab sakit. Ingatkan sakit biasa, rupa2nya kita ada penyakit yang berbahaya. Lepas tu kita diberitahu kita hanya mampu hidup dalam satu tempoh yang singkat. Tapi, itu tandanya Allah lebih sayangkan kita…

"Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman)".

Nuh (71) : 4

Rasulullah SAW bersabda:

Perbanyakkanlah mengingat pemutus kenikmatan iaitu kematian.

Hadis riwayat Imam Ibnu Majah, ayat: 4248

Selalulah ingatkan mati. Kita tak tau bila. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Oleh tu, jaga la kesihatan diri sendiri. Jaga pemakanan. Tidur pun jangan banyak sangat. Rimas aku banyak sangat tidur ni. Kadang2 aku sendiri pun risau, dah lebih 3 tahun aku tak pegi klinik atau hospital bila aku sakit. Nanti tau2 je doktor cakap aku ade masa lagi bape bulan je nk hidup. Mau pengsan. Sebelum ni aku pegi hospital pun sebab tunggu kakak aku balik keje je. Kalau tak, memang tak de lah jawabnye. Tapi bila dah tinggal ngn family ni, aku dah susah nk tahan2 sakit ni. Sebabnya, ayah aku tu asal boleh je nk bawak pegi hospital walaupun dah tengah malam. Masa kecik2 dulu aku selalu kena cm2..kena la sihat2 selalu..hehe...

Selain tu, banyakkan la amal ibadat. Yang wajib tu cuba lah jangan tinggalkan. Yang sunat tu buat sekadar yang mampu. Takkan nak tunggu dah tua baru nak ingat Allah. Itu pun kalau sempat nak merasa tua. Kalau tak… nauzubillah… yang lebih mudah, amar maaruf nahi mungkar. Buat yang disuruh, tinggalkan yang dilarang. Senang je kn..

Harapan aku, semoga aku sentiasa sihat dan diberikan umur yang panjang. Amin… Banyak lagi cita – cita dan janji yang masih belum aku sempurnakan.

Tuesday, January 18, 2011

Rain & Hujan~



Rain dan Hujan yang dimaksudkan bukanlah artis ye. Rain dan hujan yang dimaksudkan adalah air yang turun dari langit tu. Dalam bahasa jepun jdnye ‘Ame’. Hujan pembawa rahmat (tajuk bab dlm subjek Quran Sunnah F4).hehe.. Sekarang ni kn musim hujan,bile hujan je teringat la masa zaman mandi2 hujan dulu. Rindu la~~

Aku ingat lg mase zaman sekolah kat Tun Perak dulu, mase kitorang junior kalau mandi hujan confirm la kena jerit ngn akak2 F4 ngn F5. Tp, bila kitorang jd akak2 F4 F5 plak… kitorang la yg merasmikan hujan tu dulu. Budak2 bwh plak ikut mandi same. Kn da mengeratkan silaturrahim namenye tu..knnnn..hehe.. (Bukan setakat hujan kitorang rasmikan, kolah kt blakang asrama pun kitorang yg rasmikan jgk)..hahaha

Bila masuk UiTM plak, Neda adalah teman bermandi hujan aku..hehe..boleh plak cmtu kn. Ingat lagi mase kitorang nk balik dr library, tbe2 hujan. Beriya la keluarkn payung, last2 mandi hujan jgk. Hahaha.. Tp yg paling adventure pengalaman mandi hujan ni mase kitorang jogging mlm. Neda takde mase ni, ngn kak Lia ngn Ety. Mase tengah rilex2, tibe2 angin kuat. Pastu hujan. Mule2 ingat nak balik. Last2 mandi hujan jgk. Waktu tu plak dah lebih pukul 1 pagi! (Memang tak sedar diri la kn da tau ade semput!). Tapi memang enjoy. Part 4 adalah part mandi hujan yang extreme..hehe..

Mase kt umah plak. Sape lg yg jd mangsa teman aku mandi hujan kalau bkn ko kn ngah!hahaha.. Tp tak boleh blah la mase ade skali nk mandi hujan tu. Elok aku baru keluar umah, tak sampai lima minit tibe2 ade kereta dtg, bdk dtg mengaji rupenye. Kena la aku tukar port lain. Haisshhh budak, time tu la ko nk dtg kn. Nasib la ko dtg ngn niat yang suci murni. Kannnn..hehe..

Ape pun, I love hujan very very very much. (walaupun sendri dpt susah lps tu)..hehe..Tp tak pe, muda cuma sekali, kita enjoy!.. :)