Tuesday, December 9, 2014

fikir dan berfikir

                                                                                 bismillahirrahmanirrahim.....

Hari ni terasa seperti nak menulis walaupun mata I rasa dah nak mamai. Yelah hari ni puasa tidurrr.. hikhik. Ada perkara yang berlegar-legar dalam kepala bila aku ingat yang dah semakin ke penghujung pengajian aku kat sini. Okehh ayat terasa skema. Kan~

Bila ingat balik, dalam tempoh semakin menghampiri ke tahun yang keempat ni, memang macam-macamlah yang aku dah rasa. Memang. Macam-macam. Suka dan duka tu, tak tahulah mana yang banyak. But it’s okay, pengalaman kan. Tak kan nak yang semanis gula je kan

Masa nak decide, which program yang nak apply, university mana, tu semua macam perjudian nasib. Tak fikir apa-apa dah. Tahu nak sambung degree je dan yakin jugak dengan pilihan course yang nak diapply tu. Dapat tempat, lepas tu baru sambung beratkan kepala balik

And tremendously, it really happen yaw. A very first day aku dah berfikir dengan hebat. Kiranya konsep 1H5W tu memang aku apply dengan jayanya. Luar nampak tenang tapi dalam kepala aku that time macam orang tengah bersilat, berkarate bersilambam dan sebagainya. Ehh tapi tak nampak tenang sangat kot, sebab aku dengan yakin muka aku nampak stress jugak time tu.

Mana taknya, tengok logo uni yang dulu kaler purple dah tukar kaler maroon pun kepala aku dah fikir banyak soalan. Fikir macam-macam, rasa macam-macam. Tapi Alhamdulillah, syukur kerana masih diberikan rezeki untuk sambung belajar kan. Walaupun mula-mula tu kepala berat memikul pertanyaan dari diri sendiri. I seriously blame my self on this. Huh!




So, conclusionnya untuk ketika ini, decide your own decision. No matter what, keep on struggling. There will be smile waiting for you. 

Wednesday, December 3, 2014

another two weeks

Bismillahirrahmanirrahim..

Sedar tak sedar, lagi dua minggu je lagi untuk kuliah, sebelum masuk study week. Masa tu prepare untuk viva and for sure our very last final exam untuk degree ni. Lepas tu, dah kena masuk latihan mengajar dan tak kan jejak kat dalam uni until konvo insyaAllah. So, sepatutnya sedihlah kan. Sebab nak habis. Tapiiii,, iroiro ga kanjiteimasu.

Semoga aku rindu untuk ingat balik masa-masa dan ketika aku ada kat sini, sama macam masa aku dip dulu. Masa dulu, habis je memang rasa sedih terus tanpa berlengah. Sebab semua dah confirm yang memang susah untuk jumpa lepas ni sebab kami tak apply untuk sambung course yang sama..

Dulu, seronok sebab macam macam. Sejak dari sekolah dulu aku rasa sangat seronok dan enjoy dengan environment waktu tu. Dulu masa sekolah dengan dip, aku rasa best sebab geng dengan kakak-kakak dan kawan yang sebaya, senang nak bercerita apa-apa. Tapi sekarang tak macam dulu, sebab aku antara yang tua. So, macam sedih sikitlah kat situ. Kat sini kawan sebaya pun adalah 2-3 orang, tapi tu pun tak berapa nak rapat..

Lepastu, kat sini sedihlah sikit, sebab boleh kata semua sorang-sorang. Macam takde kawan je rasa. Tapi takpelah kan, nak buat macam mana. Lama-lama dah rasa terbiasa and I’m fine with it. Sampai bila nak harapkan orangkan. Kita kena survive jugak walau apapun kan. So, chill~

sebabnya, kita sentiasa positifkan diri, walaupun rasa cm sedih tapi nak buat mcm mana kan. shouganai.. walaupun akhirnya kita tetap down and down until bila pun tak tau. so, i repeat, chill yaww~~

Jadinya, chotto sabishii desu yo, demo ii ne. hai, ii..

Saturday, November 22, 2014

jikan itu masa itu time

Bismillahirrahmanirrahim and assalamualaikum..


Okay.. long time no update. I tersangat sangatlahh busy sem ni, because of fyp for sure. This sem will be the last sem for study before iolls keluar praktikum. So, apa yang aku nak cakap kat sini, memandangkan sekarang ni tengah sibuk giler giler dengan fyp kan, ada kaji hubunganlah, kekerapan bagai kan. Aku nak cakaplah hubungan antara kekerapan ke-busy-an dengan Allah. Haa.. sebabnya, bila dah busy tu, adalah yang ter itu, ter ini semualah kan..

Oleh itu, sebusy mana pun kita, jagalah hubungan dengan Allah dengan sebaiknya. Jangan lengah mana yang boleh diawalkan, jangan ambil mudah perkara yang dah ternyata tak boleh nak diambil mudah. Fyp je kot, penting sangat ke fyp tu berbanding Allah kan? Tak gitteww. aku dah macam penceramah bebas pulak kan

Aku teringat masa diberikan rezeki untuk ke tanah suci awal tahun hari tu, biasalah, masa kat sana macam macam kita jumpa dan of course boleh buat kita berfikir dan rasa insaf. So masa kat sana aku jumpa ramai orang tua, orang sakit yang masih kuat untuk beribadah walaupun dari segi fizikalnya diorang tu dah uzur sangat. Sedangkan orang tua yang dah bongkok tiga pun gagahkan diri nak berjalan ke masjid, inikan pulak kita semua yang sihat walafiat ni kan. Takkan bila usia dah keemasan baru gigih nak ingat tuhan kan. Ok macam kasar pulak ayat kita.

ni antara gambar masa kat Mekah dulu, dua kepig je pun, layann~


see the lautan manusia. kagum sungguh masa ni. cantikkan..



ni aku selfiaq sat. dalam masjidil haram..


So conclusionnya, iman adalah mutiara. hikhik
p/s: pesanan utk diri sendiri~

Wednesday, January 8, 2014

selamat semuanya

bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum...

Long time ni blog tak update. Sibuk uolls~ by the way, memandangkan hari ni last final exam for this sem, aku pn updatelah blog yang dah sambut ulangtahun pertama sempena tidak diupdate. Lama jugak tu kan, kalau baby baru lahir dah pandai jalan mana yg rajin tu. Hikhik

Takde apa nk cakap, Cuma sempena tahun baru 2014 ni, (Walaupun bagi aku tahun baru ni takde makna pn selain usia yang semakin bertambah) aku baru tamatkan sem 5, degree. Tak sangka jugak sebab masa habis dip dulu, aku confuse jugak nak kerja satau sambung belajar. Kalau kerja, macam muda sangat lagi kan. Belajar pulak sampai ke tua rasanya. Hahahaa

Apapun, syukur masih diberikan peluang untuk sambung belajar. Lebih bersyukur dapat jumpa bakal imam kat sini. (doakan, amiinn~) *muntahijo* hakhakhak. semoga perjalanan tahun 3 dan masuk tahun 4 hujung tahun nanti berjalan dengan lancar. insyaAllah, amiiin.


Sehingga berjumpa lagi. ^_^

final exam masa final sem diploma. #kenangan #UiTM