Tuesday, December 9, 2014

fikir dan berfikir

                                                                                 bismillahirrahmanirrahim.....

Hari ni terasa seperti nak menulis walaupun mata I rasa dah nak mamai. Yelah hari ni puasa tidurrr.. hikhik. Ada perkara yang berlegar-legar dalam kepala bila aku ingat yang dah semakin ke penghujung pengajian aku kat sini. Okehh ayat terasa skema. Kan~

Bila ingat balik, dalam tempoh semakin menghampiri ke tahun yang keempat ni, memang macam-macamlah yang aku dah rasa. Memang. Macam-macam. Suka dan duka tu, tak tahulah mana yang banyak. But it’s okay, pengalaman kan. Tak kan nak yang semanis gula je kan

Masa nak decide, which program yang nak apply, university mana, tu semua macam perjudian nasib. Tak fikir apa-apa dah. Tahu nak sambung degree je dan yakin jugak dengan pilihan course yang nak diapply tu. Dapat tempat, lepas tu baru sambung beratkan kepala balik

And tremendously, it really happen yaw. A very first day aku dah berfikir dengan hebat. Kiranya konsep 1H5W tu memang aku apply dengan jayanya. Luar nampak tenang tapi dalam kepala aku that time macam orang tengah bersilat, berkarate bersilambam dan sebagainya. Ehh tapi tak nampak tenang sangat kot, sebab aku dengan yakin muka aku nampak stress jugak time tu.

Mana taknya, tengok logo uni yang dulu kaler purple dah tukar kaler maroon pun kepala aku dah fikir banyak soalan. Fikir macam-macam, rasa macam-macam. Tapi Alhamdulillah, syukur kerana masih diberikan rezeki untuk sambung belajar kan. Walaupun mula-mula tu kepala berat memikul pertanyaan dari diri sendiri. I seriously blame my self on this. Huh!




So, conclusionnya untuk ketika ini, decide your own decision. No matter what, keep on struggling. There will be smile waiting for you. 

No comments:

Post a Comment