Sunday, March 13, 2011

日本を助けてください.

Assalamualaikum..


Jalan yang terbelah akibat gempa bumi

Tsunami dan gempa bumi yang melanda Jepun kali ni adalah bencana alam yang berlaku selepas gempa bumi di Kobe, Hyogo Jepun pada tahun 1995. Teringat ada satu cerita Jepun yang based on reality, tajuk dia 'Kobe Shimbun Nanokakan'. Cerita ni memang gunakan nama watak sebenar saksi yang membuat liputan berita di tempat kejadian. Walaupun cerita tu mock up tempat kejadian dan keadaan ketika itu, tapi kemusnahan yang ditunjukkan memang sangat menyedihkan. Inikan pula gempa bumi dan tsunami yang sebenar dengan skala 8.9 ritcher. Bacaan yang dicatat juga tinggi dari gempa bumi di Kobe sebelum ini.



Sukagawa, Fukushima.


Pelabuhan Oarai, Ibaraki.

Seluruh dunia bersimpati dengan Tsunami yang melanda Jepun. Terutamanya mangsa di Sendai yang mengalami kemusnahan yang paling teruk. Sistem pendidikan, ekonomi, sosial semuanya akan tergendala dan tentunya makan masa untuk pulih dan kembali stabil. Segalanya hilang dalam sekelip mata. Bencana alam, tiada siapa yang mampu menjangkakan bila ianya akan berlaku dan petanda bumi semakin tua. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.



Kawasan pantai Natori, Miyagi.


Wilayah Miyagi.

Bila terjadinya perkara yang tidak dijangka seperti bencana alam ni, of course teringat nyawa yang boleh diambil pada bila - bila masa. No one knows. Mengejar cinta dan kekayaan didunia membuatkan kita seringkali alpa dan leka untuk mengejar bekalan untuk dibawa ke akhirat. Bertaubatlah selagi pintu taubat masih luas terbuka......

Kullu nafsin za'iqatil maut
Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan merasa mati.

hmm.. mukashi nihongo shaberanai yo.. chotto wasureteta.. demo daijoubu, Gambare Nippon!!

p/s: Teringin nak jadi sukarelawan bencana alam.. :)

No comments:

Post a Comment