Monday, February 28, 2011

KUNING that I LoVE~

Assalamualaikum...

Dipendekkan cerita yang belum pun bermula, mood malam ni tak berapa nak baik.. so, aku tak dapat nak sambung tulis novel, aku tulis la blog. But I dont want to tell any sad related story for sure. Kisah utk hari ni berkaitan dengan, KUNING yang sangat aku SUKA! ( mood bertukar!) hehe..

Ceritanya ialah: Pulut kuning yang sedap~. aku tak ingat sejak bila la aku suka dengan makanan yang berasaskan pulut ni. Walaupun dulu (dan juga sekarang) sebab pulut aku yang penghidap asma ni selalu semput tengah - tengah malam. Paling tak boleh blah masa sekolah dulu la kn. Dah la nak SPM masa tu. Thanks to my scandal. Tp skang tak boleh nk kacau sebab dia dah ade girlfriend, tahniah diucapkan.. hehe

Minggu lepas, sepupu aku buat kenduri cukur jambul, kt Negeri Sembilan. Lagi menggembirakan hati aku untuk balik sebab ada pulut kuning. (statement ni agak kejam) :)


ni pulut kuningnya..


ni pulak sambal ikan bilis makan ngn pulut tu. Sambal ni aku dengan mak bergabung tenaga masak sama - sama utk kenduri tu.. comfirm la sedap~ hehe

Minggu ni pulak, ada budak yang mak aku ajar mengaji khatam Quran, dapat lg la makan pulut kuning. Suka kuasa dua!! :)

Paling tak boleh lupa masa aku g bazar ramadhan bulan puasa hari tu. Sepupu aku datang buka puasa kt rumah, mak aku suruh la aku ngn kembarku yang sengal pegi bazar. Merempit la kami ke bazar ramadhan yang telah bertukar lokasi selepas kes angin puting beliung tu. Masa nk beli kuih muih yang pelbagai tu, aku tak perasan aku beli semua kuih yang berasaskan pulut. Name pn favourite kn. Bila minah tu dah tegur @ complain baru la aku perasan. Pastu aku suruh dia pilih pulak, sebab kalau aku pilih........paham - paham sendiri la kakak~ hehe

The conclusion is, PULUT memang sedap dan aku memang suka langgar pantang.. (nak pantang betul - betul time bersalin je nanti, InsyaAllah..hehehe) :)

No comments:

Post a Comment