Tuesday, February 1, 2011

Kerinduan...


Asramaku terchenta~ skarang da baru..

Tiba2 rase rindu mase kt zaman sekolah. Teringat aku kena bangun awal sebab kena buka pintu pagar asrama. Awal kalau nk dibandingkan ngn skarang..hahaha.. dulu aku bangun pukul 5.20pg tiap2 hari. Sekarang, subuh pn 6.30 baru bgn. Hehe.. mase kt Puncak pn lebih kurang cm2 jgk. Pas2 siap boleh sambung tidur. Teruk betul perangai. Sila la anda berubah ye Nurul Hazzarita~ Almaklumlah, dulu konon Biro Disiplin masa kat asrama, tp ala2 plastik jugak la. Disiplin depan cikgu je, belakang cikgu dah jadi lain.hehehe..

Selain tu, teringat la dulu pagi2 kena check kebersihan dorm sebelum pegi sekolah. Sebelum tu plak kalau aku rajin aku pegi la hantar beg kt kelas dulu. Pastu pegi asrama balik. Cerita pasal check dorm, aku teringat masa buat spot check. Pergh! Aku mmg menyirap kalau buat spot check ni. Nk2 kalau mula2 tu tak de hasil. Tapi aku kalau buat spot check, confirm la berjaya~ takkan boleh lepas la ‘barang haram’ budak2 tu kn.hehe.. Paling aku suka masa patahkn sim card diorang. Kejam kn. Hahaha..

Dlm byk2 spot check, aku paling ingat mase baru balik dari karnival asrama ngn pelancaran roket kat balai cerap Al - Khawarizmi. Petang tu masa baru balik, cikgu suruh buat spot chek plak. Penat gila. Tp, Maghrib tu jugak kitorang buat spot check. Rushing gila. Dah la belum makan lg masa tu, bila turun dewan makan plak, dewan makan dah tutup, mak cik2 tu pn da tak de. Apa lagi, aku panjat la kaunter dewan makan tu dengan yakinnya. Sopan berbaju kurung lg. Hahaha… Sedap la kitorang makan, siap bertambah2. Tengah lapar la katakn. Aku rasa mak cik2 tu mesti pelik, masa die balik makanan banyak lagi, bila die dtg balik utk supper, lauk semua dah licin. Tak pe mak cik, tak baik membazir. Hehe..

Masa kt asrama memang paling best aku rasa sepanjang tempoh aku hidup ni. Bagi tempoh kanak – kanak la kn..hehe. Walaupun masa mula2 aku memang tak suka @ benci @ tak nak tinggal kat asrama. Akhirnya, 5 tahun aku tinggal kt asrama. Ok je pn, enjoy lg ade. Tapi, sebab terlalu enjoy jugak la SPM aku teruk. Sekarang da insaf!

Apa pun, sekolah dan asrama adalah kenangan terindah aku. No boyfriend, no problem! Hah!! Aman hidup. Sedar tak sedar la dekat 5 tahun aku tinggalkan sekolah. Kalaulah boleh aku masuk sekolah balik….

No comments:

Post a Comment