Thursday, May 5, 2011

Sebulan~

Assalamualaikum...

Hari ni, genap sebulan aku kerja. Wahhh!! maknanya, hari ni gaji~ $_$. Ok! gaji ni boleh habis dalam masa sehari (kalau melayan nafsu shopping!) hehe.. Jangan kejam kepada diri sendiri ye cik Nurul Hazzarita! Penat je kerja sebulan kalau nak habiskan dalam masa sehari.. Kannn~

Bila kerja, macam - macam rasa lah kan.

Yang bestnya:
- Bos yang best dan boleh consider in everythings!. wife dia pun sporting. Borak dengan wife bos best, memandangkan dia kerja kat Mahkamah Syariah, macam - macam isu yang kitaorang story. Isu yang tak de kaitan ngan aku macam ibu berpantang pun aku join jugak~ (wife bos pregnant anak sulung. Due date lg sebulan lebih) ^_^
- Rakan sekerja yang gila - gila. Sangat enjoy~
- Ramai customer tanya nama kedai sebab nanti diaorang nak datang lagi. Dia orang puji layanan aku best! terharu ok~ hehe
- Memang boleh menguji speaking skill. Mak cik2 kat sini ramai yang speaking english bila nak tanya. Even budak2 kecik umur tak sampai 5 tahun pun cakap dalam english!. Hebat kan orang Melaka! hahaha.. Lagipun customer pun ada orang luar jugak. Customer dari Thailand ngan negro pun ada. Best kan!
- Dapat dukung baby - baby comel yang 'semangat' masa bonda - bonda diaorang try tudung atau baju. Memang boleh naik muscle~ hehe. Dukung baby ni boleh ambik berkat ke?? (Tak de kaitan kan??) hahahaha
- Dapat 'interview' ramai orang. Nak - nak bila jumpa muka yang bukan orang Melayu. Lepas ni boleh sambung Masters in Journalism pulak!

Yang tak bestnya:
- Air cond sangat sejuk macam kat kutub selatan. Sangat tak tahan. Rasa cam nak blackout kan je air cond satu bangunan. hahaha
- Kena ngorat. Sumpah boring!. No comment la yang ni.
- Bila ada customer yang annoying~ ikut mood aku la nak layan macam mana. Sangat no comment!
- Ramai customer yang cari tudung atau shawl untuk tunang@ nikah @ sanding. Bukan tak suka, tapi sentap sikit! hahaha..

Yang kelakarnya:
- Ada yang tanya aku ada kacukan arab! Part mana yang rupa arab pun tak tau. Celak je kot!
- Ramai yang ingat aku bos! belum masa lagi la. InsyaAllah suatu hari nanti. Yang paling best ada sorang mak cik siap puji 'bagus muda - muda dah ada bisnes sendiri'. Senyum je la~ ^_^.. Kuat betul aura bos dalam diri aku kan! hahahaha
-Bila ramai customer yang tanya: 'baru habis blaja ke?' aku jawab: A'ah. Dia tanya lagi: " SPM la?" aku jawab: "tak, diploma". The conclusion is: aku memang awet muda~ ^_^
- Orang - orang yang kerja dekat - dekat sini pun tak percaya umur aku 22 tahun. Dia orang cakap aku macam 18, macam budak lepas SPM. 18 saya 4 tahun lepas ye kawan - kawan~ pelik la, apa yang nampak muda sangat ni??
- Ada mak cik puji mata aku cantik. Sebab contact lens ye mak cik.. hahaha.. Budak - budak kecik pulak pelik tengok mata aku. Warna contact lens obvious sgt ke dik?? hehee


warna mata yang berjaya meng'confuse'kan orang ramai..^_^

- Bos kedai depan puji kasut spike aku cantik. Tapi sesuai ke pakai dengan baju kurung?? Belasah je la~ hehe. Tapi sekarang aku dah suka pakai kasut bertutup pulak. Dulu tak suka langsung, pakai pun sebab terpaksa.


my lovely spike shoes with a baju kurung~ (kaki pun aurat, tak boleh nk tunjuk lebih - lebih)


Kasut ni jugak paling best pakai time kerja. TQ to Tasha~

Tak sangka aku dah bekerja non - stop sebulan. Non - stop sebab aku tak ambik cuti walaupun sehari dalam first month ni. Kerja dari Isnin sampai Ahad, 10 pagi sampai 10 malam! Memang mabuk dah~


muka penat baru balik kerja. Takde make up langsung!

Betul - betul nak kumpul duit kann~ dulu ingat kerja nak kumpul duit untuk kahwin. hahaha. Tapi sekarang, misi kumpul duit ni ditukar untuk sambung degree pulak. Untuk bayar yuran dan segala macam lagi lah untuk sambung blaja nanti disamping duit untuk enjoykan diri. Kalau ada rezeki kita sambung balik cita - cita nak blaja kat Jepun tu k! Gambatte ne~ ^_^..

The Conclusion is: Bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi.

No comments:

Post a Comment