Friday, May 27, 2011

::: Cita - CiNta :::

Assalamualaikum...

Hari ni, 27 Mei 2011, aku telah selamat menjalani interview untuk bergelar CIKGU NURUL HAZZARITA. Amin banyak - banyak kali. (ayat tak boleh blah kan) hehe. Bukan untuk terus jadi cikgu, tapi untuk sambung study kat fakulti pendidikan. Semoga menjadi kenyataan. Tak sangka dapat jugak aku menggagahkan diri untuk teruskan application course ni. ^_^.

Masa on the way nak pegi interview tu pun, hujan dah mula turun. Semoga hujan tu membawa rahmat lah kan di pagi Jumaat! Bila dah sampai tempat interview kat UiTM Seksyen 17, tiba - tiba terasa cuak yang teramat sangat. Sampaikan akak yang tukang panggil calon tu pun siap pesan, jangan risau and tarik nafas. Nampak sangat laa yang muka aku tengah cuak masa tu kan! hahahaha (sekarang boleh la nak gelak!)

Bila masuk bilik temuduga pun, no word can describe how nervous I am! Seriously! Tapi nasib baik la interviewers tu murah dengan senyuman. So, lega lah jiwa dan ragaku ini kann. huhu. Tapi yang peliknya, calon - calon yang sebelum aku semua cakap interviewers soal dalam Malay and English, tapi bila turn aku, FULLY ENGLISH! Memang lah boleh jawab, tapi tak tau lah jawapan yang aku bagi tu cukup releven dan logik atau tidak dengan soalan dia. Doa dan tawakal je la.

Aku harap sangat permohonan ni berjaya. Bukan apa, kakak yang first NURSE, kakak kembar bakal ENGINEER, adik lelaki bakal CHEF. Tinggal aku je yang masih samar - samar lagi masa depan. Semoga cita - ciNta ini menjadi kenyataan. AMIN...


No comments:

Post a Comment