Tuesday, April 26, 2011

Hari yang bahagia~

Assalamualaikum...

Hari ni aku dapat lagi pengalaman yang best. Kisahnya:

Kisah pertama:
Ada sorang customer lelaki yang masih muda datang nak beli baju. Dia bukan orang Melayu. Tengok muka aku rasa dia dari negara - negara Arab.

Memandangkan masa tu memang tak de customer, aku pun sangatlah rajin nak menginterview dia. Memang tahap ingin tahu sangat tinggi dah ni. Nak - nak bila dia datang nak beli baju kurung. Mau tak nak tau kan! Hasil interview yang telah dibuat, rupa - rupanya dia ni orang Yaman. Baru je tinggal Malaysia 3bulan. Memang tak tau cakap Melayu langsung. Nasib baik english dia fluent. So komunikasi dua hala dapat lah berjalan dengan lancar.. ^_^

Dia beli baju kurung untuk wife dia. Siap match kan sekali dengan hijab. Cakap tudung dia tak faham. hahaha. Tapi aku pelik bila dia tanya macam mana nak pakai hijab. Siap nak yang macam aku pakai pulak. hahaha. Pelik sebab tak kan lah orang Yaman tak tau nak pakai tudung pulak kan. Rupa - rupanya, wife dia orang Cina dari China. Saudara baru @ mualaf. Sangat teruja bila tau. Dia orang kenal and kahwin pun dekat China. Lelaki ni sebelum pindah Malaysia dia tinggal kat China 4 tahun. Sekarang lelaki tu memang ajar isteri dia tentang Islam. Dia sendiri mengaku yang Islam kat Malaysia lebih meluas berbanding di China. Tapi tu pun masih ramai lagi yang masih kurang berfikir dan bersyukur kan....

Aku siap pesan kat lelaki tu, nanti datang lagi bawak wife dia sekali. Teringin nak jumpa. Nanti boleh la aku ajar macam mana nak pakai tudung cara lain pulak kan~ ^_^


ni gambar pakai shawl, bukan hijab~hehe

Kisah kedua:
Sorang lagi customer datang nak beli tudung. Kali ni perempuan Cina. Cina Malaysia. Aku pun cari peluang untuk interview dia~ hehe.. Dia beli tudung untuk dia sendiri. Rupanya saudara baru jugak!. Masa dia test tudung, sumpah rasa nak nangis. Rasa macam terharu. Cantik dia pakai tudung.

Orang yang baru masuk Islam pun tau nak tutup aurat. Ini kan pulak kita yang lahir - lahir dah Islam. Ada yang masih kurang berfikir dan kurang bersyukur. Ada jugak yang tutup aurat demi orang lain. Kurang ikhlas menutup aurat. Manusia.......

The conclusion is, beruntung siapa yang dapat suami yang mampu membimbing keluarga ke jalan Islam yang sebenar. Dan sangat beruntung bila kita mampu berfikir dan membuat sesuatu dengan hati yang ikhlas...

على صراط مستقيم

4 comments:

  1. baguskan.. kena cari suami yg macam ni..hehe

    ReplyDelete
  2. wah orang tu!!! dah terer pakai selendang lagi! siap boleh ajar lagi...nak jugak!!!! eyh org cari selendang kaler pink + maroon? ada tak?tak nak yg ad manik2 gedabak kat ujung tu...x suke! nak pakai time konvo nnti...

    ReplyDelete
  3. tasha, setiap manusia perlu berubah ok~ hahaha.. xde la terer sgt, dia dah suruh ajar 2 ajar je la mana yg tau kn.. hehe.. selendang tone kaler cm2 ada.. tp sesuai ke ngn baju tasha?? sebab simple sikit..nnt org sent gmbr k~

    ReplyDelete