Hari ni terasa seperti nak menulis walaupun mata I rasa dah nak mamai. Yelah hari ni puasa tidurrr.. hikhik. Ada perkara yang berlegar-legar dalam kepala bila aku ingat yang dah semakin ke penghujung pengajian aku kat sini. Okehh ayat terasa skema. Kan~
Kinda diary's. Just let my keyboard do the talking, in almost everythings
Tuesday, December 9, 2014
fikir dan berfikir
Hari ni terasa seperti nak menulis walaupun mata I rasa dah nak mamai. Yelah hari ni puasa tidurrr.. hikhik. Ada perkara yang berlegar-legar dalam kepala bila aku ingat yang dah semakin ke penghujung pengajian aku kat sini. Okehh ayat terasa skema. Kan~
Thursday, February 16, 2012
Cuti cuti cuti....
Ok. Memandangkan cuti yang hampir sampai ke penghujungnya ni, aku nk listkan balik apa yang aku dah buat sepanjang cuti ni. Oh ya, list ni hanya utk kerja2 yang berfaedah saje. Yang tak berfaedah of course dah out of this list. Kan.
Macam biasa, hidup aku ni kalau tak bosan tak sah. Agak wajib. So, ni antara keje2 yg aku dah buat lah selain baca novel dua ni. Dua je ok. Tak de mood sangat nk baca novel cuti kali ni.

Jahit baju + manik
baju kurung 3 pasang, baju melayu 2 helai. Baju ni kalau aku malas cm biasa mak aku lah yang tolong sambung. Kalau manik tu aku memang rajin nak buat sebab da tak de keje. Diulang, sebab DAH TAK DE KEJE a.k.a BOSAN dan isi masa lapang. Baju Melayu ayah aku da pakai, baju kurung ni semua aku punye. Feeling nk raya sangat kan. PEACE!



Baju last ni paling aku ‘sayang’ HAHAHA
Ni adik aku suruh sulam nama dia. Sangat tak ingat cane nk sulam
Masak memasak masakan.
Sangat mak cik2 uolls~. Nak buat cane, ni pun da tahap tak de keje. Kalau siang sah sah la masak lauk makan tengahari kan. Kalau tengah2 malam tu rajin2 kan la diri buat kek. Kek batek, kek span, pas tu hari tu buat lasagna ngn spageti. Feeling2 western sangat~

Kek batik ni nmpak je cam selenga, tp maintain sedap. Hahaks!

Buat BBQ. Gmbar ni saje je buat cmni, tengah pakai baju kelawar uolls. Mampoo~
‘Baby’sitter
Ok. Yang ni sangat tak boleh go. Kenalkan ini raihana a.k.a MAMPAT. Jaga ini budak dari baby. Skang da tak baby sangat pon dia rajin datang rumah jugak. Layan~

Dalam kereta takut kena tinggal.

Why you pegang my kapla?
Pemandu Pelancong & Jalan – jalan buang masa
Ni masa bawak anak angkat mak ngah dari Kelantan, jalan2 pusing Melaka. Penat~ tp masih enjoy la kan. Dalam gambar ni masa pegi Melaka River Cruise pusing2 sungai Melaka. Memang chantek Melaka ni time malam2. Apa lagi, Melaka jom!
Depan pintu masuk

Meet anak angkat mak ngah, Nurul Hani

Cantik kan

Ni pulak bila da xde keje. Obvioussss sgt kan!
The conclusion is: Malas nk balik~
Sunday, January 1, 2012
2012 ♥
Selamat tahun baru 2012!
Macam tak sangka hari ni da masuk tahun baru. Rasa cepat sangat tahun 2011 ni berlalu. Sumpah TERSANGATLAH cepat!
Bila diingatkan balik, tahun 2011 ni macam2 yg best ngn yg tak best jd kat dlm diri aku.
Antara yg paling BEST:
Yang paling tak best :
S U M P A H T A K N A K I N G A T S A M P A I B I L A B I L A
What ever it is, permulaan tahun 2012 ni tremendously contras dengan yg tahun lepas. Hopefully the happiness will be continued till the end InsyaAllah..
And semoga tahun ni lebih baik dari tahun lepas. IN EVERYTHING. Amin...
Friday, August 19, 2011
Counting days...
Hari ni, 19 Ogos 2011. Tinggal lagi lebih kurang 10 hari nak raya. Means, lagi 10 hari nak berhenti kerja. Sedih pulak rasanya. Dulu kerja sebab saja-saja nak isi masa lapang. Bila nak berhenti rasa sayang pulak. Sebab dah seronok dengan environment kerja yang rilex. Pergi kerja pun macam gi main. Cukup hujung bulan dapat duit!
Mesti rindu gila-gila la nanti. Rindu saat-saat...
~ Jadi samseng lorong! Talking with a very loud voice to condemn 'disaster'! :p
~ Nak lepak kat Widuri dengan Kak Wani n Balkis. Story about novel and zaman sekolah.
~ Nak main-main dengan 哥哥. Umur je dah 24, tapi perangai mcm budak-budak. Siap main kejar-kejar lagi.
~ Round satu bangunan dengan Ika dan menghabiskan duit dengan makan, shopping, makan shopping dan makan! ^_^"
~ Lepak kat mamak. Tak pernah seumur hidup aku lepak kat mamak kan. Sampai pekerja kat situ pun dah kenal muka kitorang. Glamor la konon kan! hahaha
~ Berborak dengan cleaner. Cleaner ramai yang dari 'oversea'. Mana yang dari India aku tanya pasal Taj Mahal, yang dari Indon pulak aku tanya pasal Bali. Mana tau boleh jadi location honeymoon nanti kan. hahaha
Selain itu, aku PASTI akan merindui kata-kata berbaur pujian dari customer cm ni:
~ cantik la inner akak pakai tu. Akak cantik pakai apa pun cantik kan. (customer budak bawah umur)
~ cantik la shawl adik pakai tu. Ada lagi tak? Kalau tak de bagi je yang adik pakai tu. (customer golongan kakak-kakak). Harapan la nak bagi yang aku punya kan. ^_^"
~ Mcm mana awak pakai selendang camtu. Cantik la. Ajar boleh? (padahal aku pun pakai belit je) hahaha.
~ Macam yang awak pakai tu mana? Cantik~ Saya nak yang macam awak punya. (Senang habis stok barang~)
~ Amboi comelnya~ (selalunya dari regular customer: kak As) :)
Macam-macam lagi lah ayat yang lebih kurang serupa diulang berkali-kali. Kembang I tau! Thanks to all the pujian k! hahaha
Actually best sebenarnya kerja camni. Walaupun masa banyak 'terbuang' kat tempat kerja. hahaha. Antara yang best, masa dapat kenal dengan Katie. Pelancong berbangsa Cina dari US. Dia pun puji aku jugak. Sangattt laa terharu walaupun masa tu aku dah nak balik (muka takde mekap langsung). Natural beauty la kot kan. :)
Tuntutan untuk masa depan memaksa aku untuk me'resign'kan. walaupun hanya 5 bulan, I will keep all the memories. Never forget of course! Ada masa kita jumpa lagi k!
Friday, July 15, 2011
Alhamdulillah!
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah! thousands of Alhamdulillah because my dream will come true!
I'll be a student back this September. But this time, i'm alone! and there will be in
New university
New faculty
New friends
New lecturers
Senang cerita, everything will be NEW and of course different...
I'm really happy but quite sad in the same time. Don't know how to describe my feelings.
And of course i'll missing UiTM very - very damn much! 3 years there, how come i'll forget~ especially CT112 and 5C05...
I'll miss my friend at Mydin MiTC too. Although we meet in a short time, I love u guys! Nice to know all of you. Special thank to Kak Wani for lend me your shoulder when i need it. Love u. You know me better since our school days... :) Sorry kpd ika sebab jadi magsa pelukan aku masa dapat mesej result tadi.. hahaha~
Thursday, May 5, 2011
Sebulan~
Bila kerja, macam - macam rasa lah kan.
- Bos yang best dan boleh consider in everythings!. wife dia pun sporting. Borak dengan wife bos best, memandangkan dia kerja kat Mahkamah Syariah, macam - macam isu yang kitaorang story. Isu yang tak de kaitan ngan aku macam ibu berpantang pun aku join jugak~ (wife bos pregnant anak sulung. Due date lg sebulan lebih) ^_^
- Rakan sekerja yang gila - gila. Sangat enjoy~
- Ramai customer tanya nama kedai sebab nanti diaorang nak datang lagi. Dia orang puji layanan aku best! terharu ok~ hehe
- Memang boleh menguji speaking skill. Mak cik2 kat sini ramai yang speaking english bila nak tanya. Even budak2 kecik umur tak sampai 5 tahun pun cakap dalam english!. Hebat kan orang Melaka! hahaha.. Lagipun customer pun ada orang luar jugak. Customer dari Thailand ngan negro pun ada. Best kan!
- Dapat dukung baby - baby comel yang 'semangat' masa bonda - bonda diaorang try tudung atau baju. Memang boleh naik muscle~ hehe. Dukung baby ni boleh ambik berkat ke?? (Tak de kaitan kan??) hahahaha
- Dapat 'interview' ramai orang. Nak - nak bila jumpa muka yang bukan orang Melayu. Lepas ni boleh sambung Masters in Journalism pulak!
Yang tak bestnya:
- Air cond sangat sejuk macam kat kutub selatan. Sangat tak tahan. Rasa cam nak blackout kan je air cond satu bangunan. hahaha
- Kena ngorat. Sumpah boring!. No comment la yang ni.
- Bila ada customer yang annoying~ ikut mood aku la nak layan macam mana. Sangat no comment!
- Ramai customer yang cari tudung atau shawl untuk tunang@ nikah @ sanding. Bukan tak suka, tapi sentap sikit! hahaha..
Yang kelakarnya:
- Ramai yang ingat aku bos! belum masa lagi la. InsyaAllah suatu hari nanti. Yang paling best ada sorang mak cik siap puji 'bagus muda - muda dah ada bisnes sendiri'. Senyum je la~ ^_^.. Kuat betul aura bos dalam diri aku kan! hahahaha
-Bila ramai customer yang tanya: 'baru habis blaja ke?' aku jawab: A'ah. Dia tanya lagi: " SPM la?" aku jawab: "tak, diploma". The conclusion is: aku memang awet muda~ ^_^
- Orang - orang yang kerja dekat - dekat sini pun tak percaya umur aku 22 tahun. Dia orang cakap aku macam 18, macam budak lepas SPM. 18 saya 4 tahun lepas ye kawan - kawan~ pelik la, apa yang nampak muda sangat ni??
- Ada mak cik puji mata aku cantik. Sebab contact lens ye mak cik.. hahaha.. Budak - budak kecik pulak pelik tengok mata aku. Warna contact lens obvious sgt ke dik?? hehee

warna mata yang berjaya meng'confuse'kan orang ramai..^_^

my lovely spike shoes with a baju kurung~ (kaki pun aurat, tak boleh nk tunjuk lebih - lebih)

Kasut ni jugak paling best pakai time kerja. TQ to Tasha~
Betul - betul nak kumpul duit kann~ dulu ingat kerja nak kumpul duit untuk kahwin. hahaha. Tapi sekarang, misi kumpul duit ni ditukar untuk sambung degree pulak. Untuk bayar yuran dan segala macam lagi lah untuk sambung blaja nanti disamping duit untuk enjoykan diri. Kalau ada rezeki kita sambung balik cita - cita nak blaja kat Jepun tu k! Gambatte ne~ ^_^..
Monday, April 11, 2011
Seminggu~
Hari ni, genap seminggu kerja! baru seminggu je pun..hehe.. Tp mmg best jugak la walaupun duration waktu kerja tersangat lah lama.. Saja nak kerja macam ni sebenarnya. Konon nak lupakan kisah - kisah yang menyedihkan yang berlaku baru - baru ni T_T.. Selain tu, kerja sebab nak tunaikan janji walaupun dah agak terlewat...Plus, dah bosan duduk kat rumah lama - lama.
Apa yang bestnya kerja macam sekarang ni, dapat jumpa dengan macam - macam orang. Teringat la jugak subjek Prof Rosini dulu yang agak susah sebab teori berkaitan dengan sikap manusia. Memang bermacam - macam ragam! Ada yang ok, ada yang annoying! yang annoying ni layan je la selagi mampu. Senyum jugak walaupun tak berapa nk ikhlas.. hahaha
Yang bestnya, walaupun tak kenal dan first time jumpa, tapi macam dah kenal lama dengan dia orang. Paling best, ada sorang customer tu mintak tolong dukungkan anak dia yang masih baby! comel gila - gila!! umur dalam 4-5 bulan. ohh.. memang sangat lah seronok!
Cuma yang tak berapa nak bestnya, tak suka la kerja dalam air - cond. Sejuk yang teramat sangat. Dulu masa praktikal pun kerja kat tempat yang air - cond sejuk tahap kutub utara dah. Memang la tak tahan. Lagi 1, 'breakfast' tiap - tiap hari lagu Shahir, Kebahagiaan Dalam Perpisahan. Tak tau la kenapa dia pasang lagu tu awal - awal pagi setiap hari! (Ada ke orang bahagia lepas berpisah??) Fobia pulak dengar lagu tu.. huhu..
Friday, February 4, 2011
お誕生日おめでとう ございます。。。
Harapan aku, semoga dalam usia yg ke-22 tahun ni, aku akan lebih tabah la dlm ape2 hal pn..
Selain tu,
~ lebih matang
~ dimurahkan rezeki
~ dipanjangkan usia
~ bertambah cantik
~ lebih sabar
~ dapat hilangkan @ kurangkan segala sifat2 negatif
~ dapat capai apa yg diimpikan
~ happy2 selalu
~ kurangkn fikir perkara2 yg xpenting
~ dapat kumpul duit banyak2
~ dan mcm2 lg yg membawa kpd kebaikan dri sendri..
Semoga dipermudahkan untuk menjadi kenyataan.. ditambah dengan keberkatan hari Jumaat.. Amin..
* Tapi aku akan sentiasa rindu umur aku yg ke-21 sebab mase tu aku student lg..huhu
Tuesday, February 1, 2011
Kerinduan...
Tiba2 rase rindu mase kt zaman sekolah. Teringat aku kena bangun awal sebab kena buka pintu pagar asrama. Awal kalau nk dibandingkan ngn skarang..hahaha.. dulu aku bangun pukul 5.20pg tiap2 hari. Sekarang, subuh pn 6.30 baru bgn. Hehe.. mase kt Puncak pn lebih kurang cm2 jgk. Pas2 siap boleh sambung tidur. Teruk betul perangai. Sila la anda berubah ye Nurul Hazzarita~ Almaklumlah, dulu konon Biro Disiplin masa kat asrama, tp ala2 plastik jugak la. Disiplin depan cikgu je, belakang cikgu dah jadi lain.hehehe..
Selain tu, teringat la dulu pagi2 kena check kebersihan dorm sebelum pegi sekolah. Sebelum tu plak kalau aku rajin aku pegi la hantar beg kt kelas dulu. Pastu pegi asrama balik. Cerita pasal check dorm, aku teringat masa buat spot check. Pergh! Aku mmg menyirap kalau buat spot check ni. Nk2 kalau mula2 tu tak de hasil. Tapi aku kalau buat spot check, confirm la berjaya~ takkan boleh lepas la ‘barang haram’ budak2 tu kn.hehe.. Paling aku suka masa patahkn sim card diorang. Kejam kn. Hahaha..
Dlm byk2 spot check, aku paling ingat mase baru balik dari karnival asrama ngn pelancaran roket kat balai cerap Al - Khawarizmi. Petang tu masa baru balik, cikgu suruh buat spot chek plak. Penat gila. Tp, Maghrib tu jugak kitorang buat spot check. Rushing gila. Dah la belum makan lg masa tu, bila turun dewan makan plak, dewan makan dah tutup, mak cik2 tu pn da tak de. Apa lagi, aku panjat la kaunter dewan makan tu dengan yakinnya. Sopan berbaju kurung lg. Hahaha… Sedap la kitorang makan, siap bertambah2. Tengah lapar la katakn. Aku rasa mak cik2 tu mesti pelik, masa die balik makanan banyak lagi, bila die dtg balik utk supper, lauk semua dah licin. Tak pe mak cik, tak baik membazir. Hehe..
Masa kt asrama memang paling best aku rasa sepanjang tempoh aku hidup ni. Bagi tempoh kanak – kanak la kn..hehe. Walaupun masa mula2 aku memang tak suka @ benci @ tak nak tinggal kat asrama. Akhirnya, 5 tahun aku tinggal kt asrama. Ok je pn, enjoy lg ade. Tapi, sebab terlalu enjoy jugak la SPM aku teruk. Sekarang da insaf!
Apa pun, sekolah dan asrama adalah kenangan terindah aku. No boyfriend, no problem! Hah!! Aman hidup. Sedar tak sedar la dekat 5 tahun aku tinggalkan sekolah. Kalaulah boleh aku masuk sekolah balik….
Thursday, January 6, 2011
MAWAR - dulu dan kini -
Lepas habis minggu MMS, kitorang semua pindah la kat puncak Perdana. Ingatkan lepas tu da ok. Tapi tak jugak. Masa da kt Puncak lagi teruk rupenya. Tiap2 petang aku nangis bila call angah (my seven minutes elder sister @ twin). Penat mak cik tu nk layan. Sabar je la eyh..hahahaha..
Sekarang, angah pulak sambung degree kt induk. Tinggal la die kat Mawar tu. Tp die ni relax je. Mungkin sebab faktor usia yang da meningkat dia control macho kot. Sabar je la..hahaha.. Masa hantar dia kat Mawar hari tu, teringat la jugak peristiwa hitam tu kan. hehe. Tapi tak pe, jadikan sabagai kenangan.
Apa pun, ko memang suke menyusahkan aku, Sijil SPM yang dah berkurun pn tak reti2 nk ambik sendiri. Sekolah kau tu kalau dekat tak pe. Nasib la aku ni baik. Knnnnn.. Smile!
Friday, December 31, 2010
明けましておめでとう Selamat Tinggal 2010, Welcome 2011!
Apa pun, semoga tahun baru akan lebih best dari tahun 2010. kalau 2010 banyak yang pahit, tawar, masam dan masin, semoga kehadiran 2011 akan lebih bermakna dan lagi best la senang cite.
Lupakan yg pahit, simpan yang manis dan mulakan tahun baru dengan senyuman!!
for 2011, i hope i can live my life happily, insyaAllah and hoping for what i've planned in 2010 will be fullfill in 2011. Amin...
Smile!!.. :)












