Showing posts with label Opinion about Life. Show all posts
Showing posts with label Opinion about Life. Show all posts

Sunday, March 13, 2011

日本を助けてください.

Assalamualaikum..


Jalan yang terbelah akibat gempa bumi

Tsunami dan gempa bumi yang melanda Jepun kali ni adalah bencana alam yang berlaku selepas gempa bumi di Kobe, Hyogo Jepun pada tahun 1995. Teringat ada satu cerita Jepun yang based on reality, tajuk dia 'Kobe Shimbun Nanokakan'. Cerita ni memang gunakan nama watak sebenar saksi yang membuat liputan berita di tempat kejadian. Walaupun cerita tu mock up tempat kejadian dan keadaan ketika itu, tapi kemusnahan yang ditunjukkan memang sangat menyedihkan. Inikan pula gempa bumi dan tsunami yang sebenar dengan skala 8.9 ritcher. Bacaan yang dicatat juga tinggi dari gempa bumi di Kobe sebelum ini.



Sukagawa, Fukushima.


Pelabuhan Oarai, Ibaraki.

Seluruh dunia bersimpati dengan Tsunami yang melanda Jepun. Terutamanya mangsa di Sendai yang mengalami kemusnahan yang paling teruk. Sistem pendidikan, ekonomi, sosial semuanya akan tergendala dan tentunya makan masa untuk pulih dan kembali stabil. Segalanya hilang dalam sekelip mata. Bencana alam, tiada siapa yang mampu menjangkakan bila ianya akan berlaku dan petanda bumi semakin tua. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.



Kawasan pantai Natori, Miyagi.


Wilayah Miyagi.

Bila terjadinya perkara yang tidak dijangka seperti bencana alam ni, of course teringat nyawa yang boleh diambil pada bila - bila masa. No one knows. Mengejar cinta dan kekayaan didunia membuatkan kita seringkali alpa dan leka untuk mengejar bekalan untuk dibawa ke akhirat. Bertaubatlah selagi pintu taubat masih luas terbuka......

Kullu nafsin za'iqatil maut
Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan merasa mati.

hmm.. mukashi nihongo shaberanai yo.. chotto wasureteta.. demo daijoubu, Gambare Nippon!!

p/s: Teringin nak jadi sukarelawan bencana alam.. :)

Sunday, January 23, 2011

::: Menghitung Hari :::



Beberapa hari je lagi nak masuk bulan Februari. Bila masuk bulan Februari, dah dekat la dengan tarikh lahir aku. Peningkatan usia. Bertambah lagi setahun. Cepat betul masa berlalu. Tak boleh nak main2 lg dah. Kena lebih matang dari dulu. Tapi bila difikirkan balik pun, aku memang dah lama tak de masa nak main2 ni.. Masa sekolah dulu memang tak dinafikan la. Kerja gila ape yang tak pernah aku buat kat asrama tu kn..hehe..

Bila bercerita pasal peningkatan usia, mengingatkan aku tentang kematian. Sebab, sedar ataupun tak, walaupun usia yang muda tak menjanjikan pun untuk kita dapat merasai hari tua. Ajal maut kan di tangan Allah. Ajal tak mengenal usia. Cuba bayangkan, satu hari kita pergi jumpa doktor sebab sakit. Ingatkan sakit biasa, rupa2nya kita ada penyakit yang berbahaya. Lepas tu kita diberitahu kita hanya mampu hidup dalam satu tempoh yang singkat. Tapi, itu tandanya Allah lebih sayangkan kita…

"Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman)".

Nuh (71) : 4

Rasulullah SAW bersabda:

Perbanyakkanlah mengingat pemutus kenikmatan iaitu kematian.

Hadis riwayat Imam Ibnu Majah, ayat: 4248

Selalulah ingatkan mati. Kita tak tau bila. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Oleh tu, jaga la kesihatan diri sendiri. Jaga pemakanan. Tidur pun jangan banyak sangat. Rimas aku banyak sangat tidur ni. Kadang2 aku sendiri pun risau, dah lebih 3 tahun aku tak pegi klinik atau hospital bila aku sakit. Nanti tau2 je doktor cakap aku ade masa lagi bape bulan je nk hidup. Mau pengsan. Sebelum ni aku pegi hospital pun sebab tunggu kakak aku balik keje je. Kalau tak, memang tak de lah jawabnye. Tapi bila dah tinggal ngn family ni, aku dah susah nk tahan2 sakit ni. Sebabnya, ayah aku tu asal boleh je nk bawak pegi hospital walaupun dah tengah malam. Masa kecik2 dulu aku selalu kena cm2..kena la sihat2 selalu..hehe...

Selain tu, banyakkan la amal ibadat. Yang wajib tu cuba lah jangan tinggalkan. Yang sunat tu buat sekadar yang mampu. Takkan nak tunggu dah tua baru nak ingat Allah. Itu pun kalau sempat nak merasa tua. Kalau tak… nauzubillah… yang lebih mudah, amar maaruf nahi mungkar. Buat yang disuruh, tinggalkan yang dilarang. Senang je kn..

Harapan aku, semoga aku sentiasa sihat dan diberikan umur yang panjang. Amin… Banyak lagi cita – cita dan janji yang masih belum aku sempurnakan.

Thursday, January 13, 2011

::: Dream and Desire :::


Sometimes, people don't know what they want in their life. Same goes to me. Sounds pity, but it's happen. I don't really know or sure what I wanted in my life. My ambitions keep changed depending on the situation. Confused!.

I quite envy to the other of my siblings because of, they know what they want to be in their future. Even my younger brother know what he want in his life and he got his own plan to struggle on. But it's ok, better late than never. Thanks to him for giving me a great suggestion.

Every man is the architect of his own fortune. Life is what you make it. For me, since I can live my life happily, everything will be ok and going smooth. Emotion is the starting point. And for sure, elbow grease is the best polish. Hard work gives the best results. Fight for our dream..:)


Saturday, January 1, 2011

::: Ketawa Penawar Duka :::

Ketawa, gelak, laugh, warai.. i love it very2 much!! tp, 'Terlalu banyak ketawa lalaikan manusia kepada kematian'.. tajuk satu artikel dlm paper Berita Harian hari ni.. dalam artikel ni ada petikan dr ayat al - quran..

" Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (pada akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka usahakan"

Surah at - Taubah
ayat 82

Oleh itu, sape2 yang banyak sangat gelak 2, berpada2 la lepas ni k (termasuklah diri sendiri).. Dulu, masa sekolah, kitorang siap ade slogan 'Hari ni ketawa, esok nangis'. Sebabnya mmg jadi mcm 2 pn. Hari ni punye la suke bergelak ketawa, esok mesti ade 'bencana' datang. Memang Allah byr cash! xpayah tunggu lama. Tapi biasa la 2, zaman kanak2 tengah nk membesar. Tak fikir masalah pn. Beza bila da besar sikit ni kan..hehehe..

Tapi, kadang2, dengan bergelak ketawa pn dapat 'menutup' atau 'mengaburi' mata orang lain dengan masalah yang kita hadapi (ala2 hipokrit jugak la). Sape setuju angkat tangan! Sebabnya, it's really happen to me..knnn..

Walaupun kadang2 gelak sebab tak nak orang tau kita ada masalah, tapi, takut nanti orang ingat kita ni tak serius @ suka main2!. haa..kan da susah. tp saya da besar ok, this year i'm going to be 22 years old~ kalau orang dulu2 anak dah 5 tau!.

Tak kisah la, ape pun, mulakan hari kita dengan senyuman~ (walaupun dalam hati hanya Allah je yang tau) :).......