Showing posts with label ♥ Love ♥. Show all posts
Showing posts with label ♥ Love ♥. Show all posts

Saturday, February 4, 2012

22+1=18 setiap tahun!

Assalamualaikum...

First of all, SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL. Semoga sambutan maulidur rasul kali ini lebih mendekatkan diri kita dengan rasulullah SAW. InsyaAllah.

Second is, HAPPY BIRTHDAY TO MY KEMBAR. Kembar aku je k, aku tak payah pon tak pe, tunggu lagi dua tiga bulan baru naik 23. HAHAHA!

Alhamdulillah, hari ni 4 Februari genaplah usia kembar aku tu 23 tahun. Nak tak nak umur aku skali lah kan. Haishh cam alergik pulak nak tulis angka besar2 ni.

Whatever it is, age is all about number. Again, NUMBER. Ahaks! Bencilah. Sebab nanti makcik2 yg dah lama tak jumpa aku, yang bila jumpa mesti cakap “dah besar dah” la, “dah anak dara” la dan terus dengan soalan yang jawapannya lebih sukar dari soalan add math masa tingkatan empat. Iaitu : bila nak kawen? ataupun diberikan soalan berbentuk struktur kepada puan emak, bila nak menantu?.

Conclusion yang selalu aku berikan ialah ^_^ sahaja (senyum tak perlu kata apa2). Tak pun cam biasa puan emak yang tolong jawabkan. What a good PA la you, my mother. HAHAHA. Hentikan please soalan2 cmni, bosan~

So, harapan aku pada tahun 2012 yg menukar angka umur aku kepada 23 ni, semoga baik2 je la tahun ni. InsyaAllah. Kehidupan yang lebih baik, belajar baik2, kesihatan baik, and everything. Amin...

Ni kek main2 yg kitorang buat, semua pakai conteng2 je. tapi lagi masalah boleh pulak salah eja. Adik aku boleh salah eja happy, jadi HAPPAY. Aku pulak eja birthday jadi BIRDAY. -_-"


Yang ni best. saje kecikkan gambar ni. Simpan elok2. Ahaks!

Wednesday, October 26, 2011

.:: Berubah ::.

Assalamualaikum...

2010 & 2011, 21 & 22, Diploma & Bacelor, UiTM & UPM. Almost in EVERY SINGLE THINGS! OMG~ tahun, umur, U, semua dah lain. Kadang-kadang macam tak percaya dah ada kat tempat baru. Hari tu bila jumpa ety, lagi terasa bezanya. Bila baru - baru masuk dulu lagi la, asyik la terfikir asal la aku sorang je yg ada kat sini (mood nak sedih je time tu).

Kalau dulu bila kitaorang bercerita (bukan mengumpat), mesti lah guna perkataan KITA, means kitaorang akan tau benda yg sama. Sekarang pulak, AKU. sebab everything is different. (and going to be different) Ohh sedihhhh. Siap ada edisi tunjuk kad matrik baru masing2 lagi. (nak tunjuk beza kad matrik UiTM dulu ngn skng, UiTM & UPM) hehe



Kalau dulu masa kat UiTM, umur yg sebaya dengan aku ni yg paling muda, sekarang jadi antara yg tua. Susah nak terima nih! Apapun, jadi muda dan kelihatan muda itu yang penting. hahaha. Kepada classmate aku kat UPM ni, walaupun korang kategori umur adik - adik, korang best jugak~ :) Rileks, age is all about number lah!

Tapi yang kurang bestnya, kalau dulu kitorang mesti stay up siapkan assignment sama - sama. Mamai sorang mamai semua =.=" Paling kurang daripada 6 org housemate 5C05 tu, 3 mesti stay up sama lah. So tak akan takut langsung. Sekarang tak. 1 bilik dua orang, sorang tido, tinggal la sorang. Itu memang sangat 'BEST' lah kan. hahaha. Apapun, thanks kepada encik yang selalu layan chat ngn aku sampai ke pagi tu. Aku bukan takut tau, kurang berani je. ^_^ Yang penting assignment siap kan!


Housemate 5C05. Korang mmg best! Juliah yang paling mamai kalau stay up. hahaha

Even UPM is my present, doesn't mean that UiTM is my past. UiTM teach me everything (in 3 years). And for now, I NEED to spend another 4 years time in UPM. Gambatte ne~ ^_^

Whatever it is, hidup kalau tak berubah pun boring jugak kan. Tapi preferably berubah kearah yang lebih positif @ kebaikan.InsyaAllah...

P/S: Thanks a lot to 5C05 member yg selalu ada masa utk dgr cite aku kat sini. syg korang!

Monday, September 19, 2011

Terpaksa Ditinggalkan....

Assalamualaikum...

Sedar tak sedar, dah masuk minggu aku sambung blaja. Sejak masuk blaja balik ni, banyak benda lah yang aku terpaksa lupakan untuk sementara waktu. Yela, nama pun sambung blaja, kena la blaja betul - betul kan. Study smart gitu. Aku bukan nak cerita pasal new experiences kat tempat baru atau something related to 'something new' yang berlaku dalam hidup aku sekarang, yang tu bila - bila boleh cerita kot. hehe. Tapi aku nak story benda yang aku kena kurangkan sekarang ni. Antaranya perkara yang berat untuk aku tinggalkan ialah:
~ BACA NOVEL
~ MENJAHIT


OMG! kena kurangkan baca novel~ sedih2.. hahaha. Novel yang aku sempat baca sepanjang kerja dari second month until the last month:
  • 7 Hari Mencintaiku - Siti Rosmizah = Khuzairi & Mia Adriana
  • Lafazkan Kalimah Cintamu - Siti Rosmizah = Tengku Ryan Ameer & Tengku Aqilah
  • Sepupuku Suamiku - Lynn Allyna = Hisyam & Diana
  • Hati Bila Cinta - Lynn Allyna = Iqram Dzulqarnain & Nur Fazreen
  • Tirai Impian - Ma Lee Chuswan = Daniel & Sukma
  • M.A.I.D - Sury Ryana = Harris & Noorul
  • Kasih Suci - Meen Zulaika = Seth Tan & Nora Elena
  • Cinta 3 Suku - Herna Diana = Azahari & Nurul Iman
  • Kasih Benar Kasih - Aleeya Aneesa = Dinzley & Annura
  • Bukan Cinta Monyet - Hasliza Ismail = Kamal Ilham & Nurul Suhana
  • Rindu Cintaku - Fauziah Ashari = Hariz & Izzah
  • Cinta Pandang Kedua - Laila Kamilia = Zairul & Ainnur Azleen
  • Cinta Kontrak - Nurul Ain Syuhada = Danial Franz & Alia Airysha
Thank you kak Wani and Balkis yang selalu jd pustakawan pinjaman novel. hehe. Itu antara title novel yang aku ingat. Yang tak ingat comfirm la tak ingat nak tulis kan. hahaha. Tapi boleh kata semua cerita yang aku baca tu memang best.

Yang menjahit tu pulak, aku memang malas dah nak jahit baju. Waktu kerja yang panjang buat aku jadi malas nak jahit sebenarnya. So aku rajin order kat mak je tolong siapkan. hahaha. Tapi aku rajin nak jahit manik. Tiba - tiba rajin nak melip-lap kan baju. Ni antara yang sempat aku buat:





Baju ni pakai masa konvo. Corak bunga. Tapi sempat buat sikit je sebab masa ni dah mula kerja. Busy+ tak de masa~


Yang ni untuk raya. Buat time kerja jugak. Dekat tangan manik tabur je, kat leher ada corak, tapi nama tak tahu apa. Yang penting bukan manik tabur la. :)


Baju ni tak pakai lagi sampai entry ni ditulis. hahaha. Ni pun manik tabur jugak dekat bunga. Nak siapkan memang azab~ huhu

Attention to ETY dan anak-anak, ni la contoh yg kau nak aku tunjuk tu. Aku buat yang simple je. Tak payah blaja pun boleh expert! Manik tabur paling senang sebab jahit tak payah nak design apa-apa, tapi jadi penat nak mengadap dia sampai penuh and rapat. Selamat Mencuba k~


Friday, September 2, 2011

Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum~

Selamat Hari Raya!! Tahun ni as usual aku beraya dekat Melaka. Tapi raya first tu balik jugak Negeri Sembilan lepas sembahyang raya. Balik hari je. Berkumpul kat rumah Mak Ngah. Tahun lepas kumpul kat rumah aku, sebab nenek ada kat rumah aku tahun lepas. So lagi senang tahun lepas lah kan.

Tapi tak pe, sementara nenek masih hidup ni, raya lah dengan nenek kan. Dah tak de nenek nanti, tak de nenek pulak nak raya sama-sama. Same goes to mak kandung, mak mertua, mak saudara, mak angkat, etc. Sementara mereka ni masih hidup, sayangilah mereka seadanya. Kalau dah agak-agak dah banyak buat dosa tu, mintak maaf lah cepat-cepat. Takkan nak jadi tanggang moden pulak kan. Ingatlah, betapa penat emak mengandungkan kita 9 bulan, melahirkan dan mendidik kita sampai lah besar! Mampu nak balas jasa tu?? Bila cakap pasal emak ni, including dengan ayah jugak lah ye. :)

Here, some of our raya pictures:







but, more to MY pictures actually. OUR picture just only one. hehe



This kad raya was made by Neda last year. last year ok! this year tak ada. semua busy. Tapi aku suka hasil tangan Neda ni sebab simple, cantik dan tak serabut. Tak de la macam budak-budak yang baru nak belajar buat kad main copy and paste kan~ ^_^

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!


Saturday, July 23, 2011

Dan Bila Esok....

Assalamualaikum...

First of all, sebenarnya dalam masa terdekat ni I have no plan to update my blog. Tapi tadi tiba-tiba rasa exited pulak..

Sebabnya, tengok ni.. hehe



Sofaz - Dan Bila Esok!! sebelum ni tak minat sangat pun lagu ni, tapi sebab dah tengok drama Nora Elena plus dah pun baca novel Kasih yang Suci, secara tak langsung TERminat jugak la kat lagu ni.. Theme song drama tu..hehehe

Pendek cerita jadi pakej la, sebab happy WATCHING, happy READING and happy LISTENING. 3 in 1!

Actually ni masa road tour HANGATNYA TOUR HOT FM. Sofaz nyanyi dua lagu, tapi lagu ni je yang aku rakam sebab gila! hahaha. Sofaz artis yang terakhir buat persembahan, lepas tu ada sesi autograf dan bergambar tapi aku tak join sebab masih belum menunaikan keWAJIPan kepada yang Maha Esa. Tak baik melengah-lengahkan solat! Astagfirullahalazim.......

Apapun, Amir Sofaz ni memang hensem! hahahaha


Thursday, June 30, 2011

Gembira di sini~

Assalamualaikum...

First of all, entry ni ditulis disebabkan rasa best + seronok + happy + Shiawase + ureshii seperti berada di zaman kanak - kanak di Mydin MiTC Melaka.. cm gini rupa Mydin kat Melaka @ tempat kerja / lepak 12 jam.




Boleh tahan besar jugak la Mydin kat sini. Tapi sebab dah hari - hari aku dok round Mydin ni, dah tak rasa besar pon. Boring suda~ huhu.



Aku ngan kembar aku kerja kt tempat yang sama. Senang. Kalau rajin kitaorang pakai baju sama. Dalam gmbr ni aku yang sebelah kiri. Masa ni kitaorang pakai t-shirt konsert Hey Say Jump Spring Tour. Gerek sehh! hahaha. Nak bezakan aku ngan dia senang je, sebab aku lagi cantik. Kannnn.. hahahaha.. Selain tu, I will always in baju kurung. Sepanjang kerja, baru dua kali aku pakai jeans. Berbaju kurung lebih selesa kot. My opinion lah.

Tapi yang best nya bila dapat geng gila - gila jugak. 12 jam kerja memang tak rasa pun! pergi kerja pun rasa cam nak pegi main-main je.. Masa belajar dulu pun rasa cam ni jugak seronoknya. Tapi dulu pressure sikit sebab kena study, siapkan assignment, meeting, dll. Sekarang tak payah buat semua tu, study novel je. Sampai berebut - rebut. hehe :)


Ni gambar aku tengah study novel. ^_^




Yang ni kawan - kawan sekerja aku. Diaorang ni semua tengah cuti semester 4 bulan. Means, semua student degree. Yang paling kiri ni kembar aku, student Mechanical Engineering UiTM, aku tengah tunggu nak sambung degree, Ika student UKM Emergency Medical (Paramedic) and Atiqa student PR Masscomm UiTM. Sebelum kembar aku kerja, Laila ada, tapi dia student diploma and dah masuk semester baru, so, ganti la ngan kembar aku. Masa gambar ni, abang cina kedai depan yang tolong snapkan. Abang cina ni pun best, gila - gila jugak~ suka bagi gula - gula perasa oksigen. Sengal~ hahaha



Masa gambar ni pulak, mak cik cleaner dari India yang tolong snapkan gambar. Susah sikit nak ber'conversation' dengan mak cik ni. Tapi dia pun best, siap main - main bola ngan dia lagi~ Bola ni bukan bola yang besar gedabak, tapi bola kecik comel yang keluar bila kita masuk duit 50sen. Besar coklat coco jelly je. ^_^



Ni la lorong yang sering menjadi lokasi photoshoot, main - main bola ngan mak cik cleaner, runaway,bergelak ketawa and so on. Yang duduk tu Mina, kawan aku masa form 6 sekejap. huhu.. Skarang dia student Pendidikan kat USM.



Masa ni hari Jumaat. Feeling - feeling arab sikit~ Tapi masa ni dah nak balik, mekap pun da tak de. Kalau tak lagi cam dah kat Mesir. Konon cantik lah tu kan walaupun kenyataannya memang cantik. hahaha~



Ni ngan kak Wani. Senior satu dorm masa aku form 3. Tetap kamceng sampai skarang. Masa ni tengah tak de keje. Aku suka lepak kat kedai dia. Datang kedai dia macam-macam boleh buat. Tengok movie, makan, onlibe fb, baca paper, dll. Best. Bos la katakan~

Lepas ni, bila yang sekarang menjadi kenangan, for sure aku akan senyum sorang - sorang and tak mustahil boleh gelak sampai guling - guling bila teringat balik semua kenangan ni......

The Conclusion is, muda cuma sekali, ENJOY!!

Friday, June 17, 2011

Antara Tengku Ryan Ameer & Dr. Khuzairi

Assalamualaikum...

Mana satu pilihan yang tepat, Tengku Ryan Ameer, kacukan Melayu Inggeris berusia 28 tahun, pemilik 40% syer saham Megah Holding dan memandu Lamborghini Gallardo Spyder. Atau Dr. Khuzairi yang berumur 29 tahun, mempunyai ladang ternakan kambing dan klinik sendiri.

Ni nama watak dalam novel 7 Hari Mencintaiku and Lafazkan Kalimah Cintamu. Dah lama tak layan novel, bila sekali layan sampai dah tak terlayan! Bukan novel tu yang tak terlayan, kerja lain yang tak terlayan! hahaha. Novel LKC 810 pages, 7HM pulak 1048 pages. Dua - dua novel ni memang sumpah best! 2 liter jugak la air mata aku sedekahkan masa baca novel ni. Itupun bukan semua. Mana taknya, baca time kerja. Tapi takpe, memang berbaloi - baloi!





Bila baca novel cinta ni, best sebab happy ending. Macam mana hebat pun dugaan berakhir dengan gembira. Macam aku ni, sedih je memanjang apa cite??? Sejak kuciwa ni malas pulak nak fikir pasal lelaki. Walaupun tak berapa nak frust sangat sebab it happen as I expected. Hebat kan! Dalam novel semua la nak baik, yang hakikat?? -_-"

Sekarang ni bila dah kembali single, ramai laa pulak yg offer nk jadi adik ipar la kakak ipar la, paling best mentua.. Tapi kan, senang lagi nk cari mak mertua dr nak cari bakal suami untuk diri sendiri kan. Lepas ni aku bgtau je kt dorang, nnt datang rumah jumpa mak ayah terus k, sebab saya malas dah nak fikir pasal ni. Tau - tau je nnt kahwin. Haaa! kan senang, habis cerita! ^_^

By the way, waktu dan masa entry ni di post kan pun ada maksud yang tersendiri. It's all about what was happen at the same date and time last year. IF I can change my past, I REALLY want to change it! I dont want it happen because sometimes I extremely regret it. But it's ok, pengalaman pun mematangkan manusia. Besides boleh belajar dari kesilapan. Kaannnnnnn!

Kalau nak bercinta, tak payah nak terima sebab simpati atau kesian sebab akhirnya diri kita yang akan kesian balik! Learn from mistakes + past.... Tapi skarang da happy balik! Extremely happy than before!^_^

The conclusion is, antara Tengku Ryan Ameer and Dr. Khuzairi, Abang Arie is the best lah! Pilot pulak tu. ^_^

Friday, May 27, 2011

::: Cita - CiNta :::

Assalamualaikum...

Hari ni, 27 Mei 2011, aku telah selamat menjalani interview untuk bergelar CIKGU NURUL HAZZARITA. Amin banyak - banyak kali. (ayat tak boleh blah kan) hehe. Bukan untuk terus jadi cikgu, tapi untuk sambung study kat fakulti pendidikan. Semoga menjadi kenyataan. Tak sangka dapat jugak aku menggagahkan diri untuk teruskan application course ni. ^_^.

Masa on the way nak pegi interview tu pun, hujan dah mula turun. Semoga hujan tu membawa rahmat lah kan di pagi Jumaat! Bila dah sampai tempat interview kat UiTM Seksyen 17, tiba - tiba terasa cuak yang teramat sangat. Sampaikan akak yang tukang panggil calon tu pun siap pesan, jangan risau and tarik nafas. Nampak sangat laa yang muka aku tengah cuak masa tu kan! hahahaha (sekarang boleh la nak gelak!)

Bila masuk bilik temuduga pun, no word can describe how nervous I am! Seriously! Tapi nasib baik la interviewers tu murah dengan senyuman. So, lega lah jiwa dan ragaku ini kann. huhu. Tapi yang peliknya, calon - calon yang sebelum aku semua cakap interviewers soal dalam Malay and English, tapi bila turn aku, FULLY ENGLISH! Memang lah boleh jawab, tapi tak tau lah jawapan yang aku bagi tu cukup releven dan logik atau tidak dengan soalan dia. Doa dan tawakal je la.

Aku harap sangat permohonan ni berjaya. Bukan apa, kakak yang first NURSE, kakak kembar bakal ENGINEER, adik lelaki bakal CHEF. Tinggal aku je yang masih samar - samar lagi masa depan. Semoga cita - ciNta ini menjadi kenyataan. AMIN...


Monday, May 16, 2011

Our Convocation Day!

Assalamualaikum...

Since 9 Mei, aku dah ada kat Shah Alam, of course to attend my convocation day! Seriously happy and quite nervous to get my scroll on the stage. But then, still enjoy meeting all my friends after we finish our diploma studies a few month ago.

10 Mei 2011
Hari ambil jubah dan rehearsal.


Perkarangan parking Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC)




Lokasi: Tandas LELAKI DATC..

hahaha.. tandas lelaki tak boleh blah kan. Selamba je masuk sebab nak tengok cermin. Kalau pak guard lalu dah kena saman kot. hehee

Lepas tu, kitaorang dengan suka hatinya berjalan satu Shah Alam. Makan pulak macam - macam. Masa ni dekat Noodle Station, SACC Mall.


with Tasha

* All picture before our convocation day, credit to Ifat.

Malam tu kitaorang continue lepaking until 3 a.m! WOW!! Mata memang dah rabak. Tapi sekali sekala tak pe. Lagipun sejak kerja aku tak pernah cuti. So bila cuti ni enjoy la puas - puas kann.. heee..

14. Mei. 2011
Hari yang ditunggu - tunggu setelah 3 tahun study di UiTM Puncak Perdana. Precious moment, Our Convocation day!

Sidang Keempat, 12.30 Tengahari
Dewan Agong Tuank
u Canselor, UiTM Shah Alam


Ety, Jue, Ita, K.lia and Tasha. Without Neda T_T
5Co5 housemate. Sumpah rindu korang!! bila nak jumpa lagi??.......


Terima skrol. Terima kasih Tan Sri!



nampak tak star (*) kat hujung nama?? ^_^


with
Tasha


with my parents and
brother


my
twin!


with
ety and kak lia, 5C05 housemate


ok ke posing cam ni?? hehe



kawan2 class CT112 and CT114


friends from CT111, CT114 and abg azri


baling - baling mortar board~ yeayy!!


melangkah nak pulang jubah~ nice shot kn?? hehe

By the way, thank you very much for those who are always encourage and giving me a support since I'm in the first until the last semester. Thanks a lot to all my lecturers, friends, family, boyfriend (on that time), and of course to UiTM. Bersyukur dapat grade on time dengan bintang walaupun satu. Nak dapat kan tiga terus mmg tak mampu lah kan. Da cukup struggle rasanya. ^_^

To all my friends, Hopefully we will continue to achieve our dream even now we are choosing a different ways. GOOD LUCK to all of you! And all of our memories together i'll always keep it in my mind...

The conclusion is, UiTM sentiasa di hatiku~

Tuesday, April 26, 2011

Hari yang bahagia~

Assalamualaikum...

Hari ni aku dapat lagi pengalaman yang best. Kisahnya:

Kisah pertama:
Ada sorang customer lelaki yang masih muda datang nak beli baju. Dia bukan orang Melayu. Tengok muka aku rasa dia dari negara - negara Arab.

Memandangkan masa tu memang tak de customer, aku pun sangatlah rajin nak menginterview dia. Memang tahap ingin tahu sangat tinggi dah ni. Nak - nak bila dia datang nak beli baju kurung. Mau tak nak tau kan! Hasil interview yang telah dibuat, rupa - rupanya dia ni orang Yaman. Baru je tinggal Malaysia 3bulan. Memang tak tau cakap Melayu langsung. Nasib baik english dia fluent. So komunikasi dua hala dapat lah berjalan dengan lancar.. ^_^

Dia beli baju kurung untuk wife dia. Siap match kan sekali dengan hijab. Cakap tudung dia tak faham. hahaha. Tapi aku pelik bila dia tanya macam mana nak pakai hijab. Siap nak yang macam aku pakai pulak. hahaha. Pelik sebab tak kan lah orang Yaman tak tau nak pakai tudung pulak kan. Rupa - rupanya, wife dia orang Cina dari China. Saudara baru @ mualaf. Sangat teruja bila tau. Dia orang kenal and kahwin pun dekat China. Lelaki ni sebelum pindah Malaysia dia tinggal kat China 4 tahun. Sekarang lelaki tu memang ajar isteri dia tentang Islam. Dia sendiri mengaku yang Islam kat Malaysia lebih meluas berbanding di China. Tapi tu pun masih ramai lagi yang masih kurang berfikir dan bersyukur kan....

Aku siap pesan kat lelaki tu, nanti datang lagi bawak wife dia sekali. Teringin nak jumpa. Nanti boleh la aku ajar macam mana nak pakai tudung cara lain pulak kan~ ^_^


ni gambar pakai shawl, bukan hijab~hehe

Kisah kedua:
Sorang lagi customer datang nak beli tudung. Kali ni perempuan Cina. Cina Malaysia. Aku pun cari peluang untuk interview dia~ hehe.. Dia beli tudung untuk dia sendiri. Rupanya saudara baru jugak!. Masa dia test tudung, sumpah rasa nak nangis. Rasa macam terharu. Cantik dia pakai tudung.

Orang yang baru masuk Islam pun tau nak tutup aurat. Ini kan pulak kita yang lahir - lahir dah Islam. Ada yang masih kurang berfikir dan kurang bersyukur. Ada jugak yang tutup aurat demi orang lain. Kurang ikhlas menutup aurat. Manusia.......

The conclusion is, beruntung siapa yang dapat suami yang mampu membimbing keluarga ke jalan Islam yang sebenar. Dan sangat beruntung bila kita mampu berfikir dan membuat sesuatu dengan hati yang ikhlas...

على صراط مستقيم

Friday, March 18, 2011

♥ Susu

Assalamualaikum...


My favourite 3 rasa ~_^

Milk is my favourite. Tak makan nasi sehari pun tak pe asalkan dah minum susu. Comel kan statement~ hahaha.. Setiap hari Ahad, pergi pasar Mydin, selain beli ikan, sayur dan segala bagai barang - barang dapur, susu adalah benda wajib yang akan aku beli. Tak pernah lupa, miss, wasureteta dan sebagainya~

Kebaikan susu, ia ada kandungan DHA yang baik untuk perkembangan otak. Sangat baik untuk ibu mengandung jugak. DHA berfungi untuk memantapkan lagi pertumbuhan penglihatan dan otak bayi sejak dalam kandungan lagi. Nanti bila dah besar tak de la anak tu nak eja eww eww kn.. sajew, jew, diew, sukew, gilew dll. Nak berpusing mata aku baca perkataan yg sangat eww itu.. hahaha.. Tapi jangan salahkan ibu yang mengandung ok, salahkan anak yang kurang minum susu tu. Agaknya la kan..hahaha (sorry siapa2 yg terasa).

Aku tak tau kenapa aku tak suka @ malas makan nasi. Makan sebab kena paksa memang selalu. Bukan jaga badan walaupun memang nak jaga badan. hehe.. Saya sangat takut dengan gemuk dan lemak yang berlebihan ye... (Nasi penting sebab bekalkan tenaga untuk badan. Sila ingat dan jangan lupa ok~)

Tapi,
Mak cakap : makan la banyak sikit, kurus sangat la mak tengok... (dengan muka simpati)
Papa cakap: makan banyak - banyak sikit, biar gemuk... (ada jugak ayah yg nak anak dia jadi gemuk kan).. T__T
Abang cakap: ok la badan cam ni, maintain je la.. (i like this one walaupun masa mula - mula dulu dia pun ckp aku kurus..) ^__^

Itu antara komen yg aku ingat sampai sekarang pasal berat badan aku. Macam - macam. Tapi tak kisah la berat badan macam mana pun, yg penting BMI aku sangat ideal dan sihat. Itu dah memadai dan syukur lah kan...

The conclusion is, dengan badan macam ni pun aku pernah jugak buat catwalk. Baju pengantin lagi. kelas~ hahahaha ~__^

Monday, March 7, 2011

SAMA tapi banyak BEZAnya~


Kami~

Apa yang dimaksudkan disini ialah berkaitan dengan diri aku sendiri. Sudah terang tak perlu bersuluh, highlightkan diri sendiri adalah sangat penting!. Pasal aku ada kembar, bukan apa pun~

Bila difikirkan balik, aku bersyukur dilahirkan sebagai pasangan kembar. Bersyukur sebab, orang lain bila dah besar baru ada pasangan~ Kannnn... hahahaa

Disebabkan itu, masa sekolah dulu pun aku mengecap populariti disebabkan aku ada kembar. Kelas statement kn! Yela, sejak masuk sekolah menengah kita orang ni dah dipisahkan. Sekolah dan asrama lain - lain walaupun dekat. Berdikari katanya~ Tapi yang 'malang'nya, bila kita orang keluar outing budak2 mesti salah tegur. Pas tu bila dah balik satu asrama la bagitau benda yang sama : jumpa kembar aku.

Bila dia pindah sekolah masa form 4 pulak, sekolah dah jauh. Aku ingat hidup aku aman la sikit, rupanya tak jugak. Kembar aku bab - bab sukan mmg dia aktif. (Dia tak semput cam aku) bila ada pertandingan antara sekolah je, nnt ada jugak la report yang dihantar kat aku~ layan jela... Kann.. hahahaha

Bila dapat U pulak, walaupun sama UiTM, tp lagi la jauh.. Aku kat Shah Alam, dia kat Penang. Masa ni memang ramai yang tak tau yang aku ada kembar. Tak penting kot untuk aku highlight. Yang rapat - rapat je la tau. Tapi, bila dia dah sambung degree kat Shah Alam, aku pulak tak sambung lagi, ada jugak orang yang salah orang. Aku lupa la nak pesan kat dia orang, 'Jangan tegur kalau nampak aku kat Shah Alam'.. Macam thriller movie je ayat ni kan.. hehe

Ok, finish about the similarity, go through to the differences~

Sangat ketara~ that's all. Kalau orang yang kenal kita orang dua - dua sekali, mesti cakap kembar aku ni pemalu sikit, lembut sikit, perempuan sikit, dll. And of course the opposite belongs to me banyak2~ Tapi dia orang tak tau, aku lagi perempuan banyak tau~ hahaha. Kembar aku tu, dulu nak jahit lencana sekolah pun suruh aku! dah tu demand pulak. (Kan dah complaint!) hahaha..

Sekarang ni pun, Si Raihana budak mampat yang kita orang jaga dulu, selalu datang kalau dia balik sini. Kalau budak tu nak mandi ke, nak susu ke, tukar lampin ke, SEMUA aku kena buat! kejam kan dia~ Aku rasa la kan, nanti kalau dia dah kahwin, siap gaduh ngn laki dia sapa yang nak tukarkan lampin anak. Kejam statement! hahahaha.

Senang cite, dia kalau bab - bab kerja perempuan, mmg fail. Nasib la otak dia pandai banyak dari aku. Tak mampu la nak study engineering kan~ Nanti kau upah bibik je la..huhu


The conclusion is, enjoy~


Ni lah Raihana si mampat yang selalu jadi mangsa kekejaman kitaorang~hehe

Masa konvo. Aku yang tangkap gambar. Sebab tu tak center.. hahaha