Assalamualaikum...
Hari ni, 19 Ogos 2011. Tinggal lagi lebih kurang 10 hari nak raya. Means, lagi 10 hari nak berhenti kerja. Sedih pulak rasanya. Dulu kerja sebab saja-saja nak isi masa lapang. Bila nak berhenti rasa sayang pulak. Sebab dah seronok dengan environment kerja yang rilex. Pergi kerja pun macam gi main. Cukup hujung bulan dapat duit!
Mesti rindu gila-gila la nanti. Rindu saat-saat...
~ Jadi samseng lorong! Talking with a very loud voice to condemn 'disaster'! :p
~ Nak lepak kat Widuri dengan Kak Wani n Balkis. Story about novel and zaman sekolah.
~ Nak main-main dengan 哥哥. Umur je dah 24, tapi perangai mcm budak-budak. Siap main kejar-kejar lagi.
~ Round satu bangunan dengan Ika dan menghabiskan duit dengan makan, shopping, makan shopping dan makan! ^_^"
~ Lepak kat mamak. Tak pernah seumur hidup aku lepak kat mamak kan. Sampai pekerja kat situ pun dah kenal muka kitorang. Glamor la konon kan! hahaha
~ Berborak dengan cleaner. Cleaner ramai yang dari 'oversea'. Mana yang dari India aku tanya pasal Taj Mahal, yang dari Indon pulak aku tanya pasal Bali. Mana tau boleh jadi location honeymoon nanti kan. hahaha
Selain itu, aku PASTI akan merindui kata-kata berbaur pujian dari customer cm ni:
~ cantik la inner akak pakai tu. Akak cantik pakai apa pun cantik kan. (customer budak bawah umur)
~ cantik la shawl adik pakai tu. Ada lagi tak? Kalau tak de bagi je yang adik pakai tu. (customer golongan kakak-kakak). Harapan la nak bagi yang aku punya kan. ^_^"
~ Mcm mana awak pakai selendang camtu. Cantik la. Ajar boleh? (padahal aku pun pakai belit je) hahaha.
~ Macam yang awak pakai tu mana? Cantik~ Saya nak yang macam awak punya. (Senang habis stok barang~)
~ Amboi comelnya~ (selalunya dari regular customer: kak As) :)
Macam-macam lagi lah ayat yang lebih kurang serupa diulang berkali-kali. Kembang I tau! Thanks to all the pujian k! hahaha
Actually best sebenarnya kerja camni. Walaupun masa banyak 'terbuang' kat tempat kerja. hahaha. Antara yang best, masa dapat kenal dengan Katie. Pelancong berbangsa Cina dari US. Dia pun puji aku jugak. Sangattt laa terharu walaupun masa tu aku dah nak balik (muka takde mekap langsung). Natural beauty la kot kan. :)
Tuntutan untuk masa depan memaksa aku untuk me'resign'kan. walaupun hanya 5 bulan, I will keep all the memories. Never forget of course! Ada masa kita jumpa lagi k!